Monday, August 23, 2010

Bismillahirahmanirahim..

lama sudah rasanya saya tidak mengomel dan beromong2 kosong di dalam blog ini. Alhamdulillah sedar dan tidak kita telah berpuasa hampir 2 minggu. Bersyukur padaNYA kerna telah memberi kekuatan serta kesempatan untuk saya berpuasa pada Ramadhan kali ini. Pertama kali berpuasa bersama suami dan berperanan sebagai isteri membawa seribu satu rasa nikmat yang sukar untuk diungkap dengan kata2. Bersyukur sangat dengan setiap rahmat dan limpahan rezeki yang telah diberikan.

Suasana solat berjamaah setiap malam, beramal sedekah merupakan aktiviti tambahan pelbagai lapisan masyarakat. Indahnya jika setiap bulan itu bulan Ramadhan. Aktiviti ini juga pasti akan sentiasa dilaksanakan setiap bulan. Masjid yang kadang2 sepi menjadi meriah setiap malam sehinggakan perlunya tempat solat tambahan. Namun, adakah aktiviti ini akan kekal utk bulan syawal, dan seterusnya??

Thursday, August 19, 2010

For the rest of my life






nota kaki: need to dedicate this song to my dearest husband .(^.^)
*sbnrnya lg ni ditujukan tuk pompuan/isteri tp nk jgk tujukan buat suami ...hihi
layan....

Wednesday, August 11, 2010

Selamat berpuasa

Bismillahirahmanirahim..




Selamat Berpuasa

Thursday, August 5, 2010

Bismillahirahmanirahim..

Tiada apa yang ingin diomongkan..cuma saki baki kenangan yang masih terasa ketika pulang sejenak ke kampaung. Walaupun tidak sempat untuk melepaskan lelah namun hati cukup gembira dan terubat menemui insan-insan tersayang. Terima kasih buat kedua-dua ayah bonda yang melayan keletah kami sewaktu dikampung tempoh hari. Walaupun sejenak namun terlerai jua kerinduan buat kalian.

owh... hatiku tertinggal di sana..

nota kaki: cesss... yantie cukup sudah usah berangan lagi... back to work. >.<