Thursday, January 17, 2013

promote blog!

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

Jemput jengok-jengok kedai kecil saya. Bermula daripada ingin mencuba terus terjatuh hati. =)

http://mommyizzatie.blogspot.com/

Friday, January 4, 2013

Jalan kau, dia, dan aku berbeza,
Tetapi tetap berpijak pada bumi yang sama,
Tetap menuju ke arah yang sama,
Tetap menunggu hari yang sama,

Namun setiap jalan tidak sama bentuknya,
Ada yang lurus tak berliku,
Ada yang berliku tak berbukit,
Ada yang berbukit tak bertangga..

Semua jalan-jalan ini bergantung sepenuhnya kepada kamu..
Pada kesabaran kamu,
pada keimanan kamu,
Pada keteguhan hati kamu,

Ada yang berlari,
Ada juga yang berjalan pelan-pelan
Apa juga caranya teruskanlah..
Kentalkan hati jangan berputus asa..
Jangan sesekali kamu berpatah semula..
Kelak nanti akan bertemu juga di nokhtah yang sama..
Percayalah pada diri!

Monday, October 24, 2011

sampah oh Sampah..

Bismillahirahmanirahim.


Entry kali ni saya nak membebel sikit pasal kesedaran sivik rakyat negara ini, bukan nak menunding kepada semua atau salahkan semua orang. Segelintir rakyat tu tak termasuk lagi dengan longgokan warga asing yang ada kat sini..

Sabtu lepas ajak en suami pergi Hutan Bandar Putra berjalan2 (konon2 nk exercise sikit) sepuluh tapak nampak benda putih bersepah2 kat atas tempat pejalan kaki. Padahal tong sampah dok sebelah plak tu. Ish2..jalan ke depan lagi selonggok sampah atas tanah, walhal tong nun kat sana besor lagi. Rasa2nya kalau hari tu ada program mengutip sampah penuh kot satu lori. Apelah salahnya kalau dah makan/ minum tu buanglah kat tempat yang betul. Dah jadi tabiat rakyat ini kot lepas makan campak (majoriti) minoriti je kot yang ada kesedaran sivik ini. Tu belum dok cerita tong sampah masuk tasik..Benda-benda ini semua sedikit sebanyak mempengaruhi jugak sikap anak2 kita nanti..Sedarlah warga2 yang selalu mengunjung Hutan Bandar, taman kat sini tak banyak pun, itulah tempat beridah, jalan2, tempat kasi ikan2 makan, tempat tengok kapal terbang. So jagalah kebersihan sikit. Tak kan pulak nak buat progam 1 sampah = rm 0.50 baru nak sibuk2 kutip kot.

Masa nak balik lagi best, ada sebuah kenderaan ni main campak jer sampah plastik minuman dan makanan melalui tingkap. Haish... rendah tul mentaliti rakyat...ooo sangat sakit mata!!

Sunday, October 16, 2011

Berat yang ter'Over'

Bismillahirahmanirahim

semalam sempat ke klinik tuk scan baby. Alhamdulillah baby sihat cuma saya yang tak berapa nak balance..huwaaa. Masa tgh scan, baby memang aktif bergerak..siap isap jari lagi dalam perut saya. Then bila saya tanya doc keadaan baby, doc ckp baby sihat pastu baby pun tunjuk 'thumb up' kat doc, saya dan suami.. gelak kami bertiga dalam bilik tu. Bila saya tanya jantina, baby dok pusing-pusing tak jelas tang jantina tp doc ada ckp berkemungkinan ....... yang penting bagi saya dan suami baby kami sihat. Terima kasih ya Allah di atas nikmat dan kurniaan yang tak terhingga ini..

Berat saya skrg ni dah naik hampir ke 11kg. ooowhh sgt berat dan sangat bahaya ckp doc. Pasni kena diet mana yang patut pesan doc.~tata coklat, ais krim, burger, waaa. Air ketumban doc kata banyak dan tak berapa elok, silap haribulan awak tak bleh bersalin normal ni atau dapat kencing manis ~~huuhuhu (T.T) ya Allah kau berikanlah kesihatan yang baik buat anakku serta permudahkanlah segala urusan kami..amin.

Semalam jugak saya dok google bahan bacaan pasal air ketumban banyak dan masalah2 yang bakal dihadapi, so pasni memang kena jg bab2 makan dan msk 8 bln dah bleh start jalan2 kat taman...

Thursday, September 22, 2011

Bismillahirahmanirahim

entry kali ni berkaitan dengan rancangan OPRAH yang baru jer pagi tadi keluar kat TV. Agak menarik topik discussion mereka kali ni.

Melalui statistik di Amerika Syarikat sebayak 84% pekerja yang tidak menyukai pekerjaan mereka. Huih~~ lebih kurang 4/5 daripada bancian yang dibuat. So, Sorang-sorang dok cite masalah mereka. Ada yang sampai masuk hospital sebab terlalu stress dengan kerjaya mereka.. Pulak dah. Yang tak kerja punya dok stress nak cari kerja. It's all about your strength on your work! (tajuk tadi lah mereka dok bincang)

Rumusan yang dapat dibuat daripada beberapa orang pekerja, masalah berlaku apabila mereka sendiri tidak tahu menyusun jadual dan mengenalpasti kemampuan diri semasa melaksanakan pekerjaan. Jgn terkejut plak sebab ada yang sampai nak lari dari rumah sebab tak tahan dengan masalah kerja dan family finance.. haiissh~~

"i never say 'no' to boss when he/she ask me to take that job"
yup memang tak dinafikan memang ada orang yangg tergolong dalam kalangan ni. alasan tak sampai hati or tak nak bos kita rasa kecewa dengan kita. Tapi walhal kita memang tak termampu nak buat. so lama2 memang kita sediri rasa tak gembira dengan kerjaya kita. Terlalu banyak task, no focusing for one task. Kepala pun bleh berpusing2 sebab dok banyak fikir. Kalau nak terima sesuatu kerja lihat dlu portfolio sendiri jangan dok nak pulun semua tapi habuk pun tarak..(ni ayat sendiri ikut bahasa pasar). Try to say 'no' when you're really need it. (Tapi jangan dok gatal say no klu memang xde kerja nak buat-hujung taun dapat notis berhenti kerja plak)...

continue lain kali sebab ada kerja yang perlu dibuat even im only fulltime housewife..hehehe but i really appreciate this time and enjoy to do all of this works.

Monday, September 19, 2011

Mom & baby expo...

Bismillahirahmanirahim

1st of all it's been a long time without any posting or story 'mory' from this blog. A simple reason...-no idea,....(hahha x nak ngaku malas =P). Im try' to update this blog ya~~ haaaacuuummm (Habuk banyak sangat!!) haish..(-.-)

To all mommies out there (kat Johor jelah kot), please save this date:
Date : 23 to 25 September 2011
Time: 10am t0 9 pm
venue: Danga City Mall, Johor




so pasni siapkan wishlist mom & baby supaya tak ler terover budget sangat (dah ler uat hjg bulan lepas raya plak tu (T.T). Pesan saya jadilah pembeli yang bijak (^^,) & selamat bershoping!

Wednesday, April 6, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi


Berhenti seketika mengejar kesenangan dunia, berhenti mengeluh kesusahan , berhenti dari perasaan marah... muhasabah diri untuk memperbaiki setiap kelemahan..renung sedetik cuma, pasti terkesan ke dalam jiwa. (psttt: dengar sampai habis, buka kuat2 pun xpe, makanan tuk jiwa)