Tuesday, June 23, 2009

SaHaBat

Sahabat

Semalam telah menjadi sejarah yang akan terukir dari secebis ingatan semalam yang masih berbaki di ingatan. Namun kepada siapa yang bakal diusuli soalan yang masih berbasi2 dibiarkan ditepian seolah2 tidak perlu diungkitkan. Satu persatu jalanan yang ditempuh menerjah setiap pelosok fikiran memainkan sejenak ingatn terhadap seorang rakan yang telah ditinggal.


Sahabat, tiga suku kata yang terukir mencerminkan keperibadian seseorang yang begitu dan amat dipecayai. Semalam masih terbayang akan gelak tawa yang masih menceriakan setiap perjalanan semalam masih lagi riuh dengan sapaan setiap pagimu, semalam kau masih lagi menunujukkan kenakalanmu , namun hari ini tiada lagi gelakmu yg meriuhkan suasana kelam di pagi hari, tiada lagi sapaan pagi yang menceriakan, tiada lagi usikan mu yang kadangkala mencuit hati ini.


Semoga dipertemukan kita di suatu ketika, yang mana antara kau, aku dan dia kembali megukirkan sejarah yang menjadi kenangan selamanya. Buat sahabat, sekali ku mengenalimu selamanya kau tetap akan menjadi sahabatku samapi bila-bila. Kerna kau adalah sahabatku.

Semalam masih berbaki senyuman dibibirmu
Namun hari ini tiada lagi gelak tawamu
Semalam masih lagi kau menyebut namaku
Namun hari ini begitu sunyi tanpa sapaanmu..


P/s : kepada sahabat teruskan perjalananmu kerna kutahu setiap langkah yang tercipta akan megukir sejarah yang tidak ternilai harganya untuk dirimu.

Tuesday, June 16, 2009

Arini memang tension tahap hiper, entah rasa cam hangin jer.. seperti halilintar memecah kesunyian dataran pagi yang aman. Satu persatu perkara datang menyerang kesabaran yang hanya tinggal cebisan-cebisan kecil. Tidak termampu untuk melawan kata2 syaitan hati yg semakin bermaharajalela di jiwa argh pedihnye menahan kesakitan yang tidak dapat diluahkan..Cukup pergilah jauh2 tinggalkan aku dalam keadaan aman, jangan dihasutkan lagi hati yang semakin degil dgn tujahan kata2 dusta. Jauahkan aku dari mati hati, mati yang paling keji dimataMu ya Allah. Astargfirullah.. mengucap panjang tatkala ini ketika kaki semakin tunduk jatuh dan mencium bumi. Tatkala aku memerlukan kekuatan yang mampu untuk aku terus menampuhkan segala kekuatan yang ada. Kuatkan kaki ini dijalanMu yg lurus itu.
Zikir terus membasahi bibir agar kaki dapat berdiri semua berjalan dilandasan kesabaran. Tabahkan hati hambaMu yang kerdil ini menempuhi ujian Mu ya Allah. Hati ini kembali tenang..
"Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya"

Monday, June 15, 2009

Nur Damia Amni

Amni Comei
Rambut kerinting cam meggi, pastu klu dapt cakap mmg kalah orang tua. ade jer dia nk ngomelkan. huwaaaa rindu sama amni..=(

Sunday, June 14, 2009

My Engagement Day



Antara percaya atau tidak ak telah selamat menjadi tunang Mohd Shukri pada 7.6.09.


Ding dong Jam di dinding menunjukkan tepat jam 2pm, hari ni tercipta satu lagi sejarah dalam diri ak. Tarikh keramat yang dipilih ini membawa seribu senyuman di bibir ak. Ternyata jodoh antara dia dan ak masih kuat walaupun terpisah seketika namun akhirnya bertemu jua dalam ikatan yang direstui. Debaran hati ak masa tu mmg tahap pecutan Ferrari yang bergerak di litar F1. entah pesal lak gabra tahap maksima..hihi (ak kn pemalu orangnya ahaksss…).

Muka ak yang telah dimekap tebal oleh sepupu ak mmg menutupi sedikit keresahan ak.. (tp mmg tebal ak sendiri pn x kenal ahahahhaha)..setelah perbincangan antara dua keluarga selesai maka masa untuk bersalaman dgn bakal ibu mertua ku..time ni mmg shaking tahap ketara yang tidak dapat disembunyikan lagi huhu sesiapa yang terperasan tu uat2 x nmpk dah ek (huwaaa malu sih).

Bersyukur kepada hadrat Mu Ya Allah atas rahmat yang telah diberikan. Buat tunangku Mohd Shukri Mat Salleh, terima kasih syg. Semoga direstui ikatan suci ini sehingga akhirnya. Love you much my Mr syg. =)


Ps : Mak tam n family, Pak Teh n family, pak su n family,pak lang n family, Cik mah n family serta rakn2 mak n ayh thanks alot for coming. Uat family ak ak mekasih bebanyak sayang kat sume.


Ps: To family shukri + Pak Sedara + Mak Sedara + sepupu dan sume2 thanks for coming.

Wednesday, June 10, 2009

Intan's wedding Picture











To : Intan & Husband
Congratulation.. May both of you will be blessed with hapiness always =)

Kerna Ku syg Kamu


kali ni ak nak story sikit about my tunang hihih =) lebih kurang serba sedikit lah ttg perkenalan ak dgn dia n camne lah ak bleh tersangkut dgn dia huwaaawaaw. k lah layanzzzz...

My Sayang =)


"Perkenalan yang tidak pernah diduga bermula sewaktu pertama sekali ak melangkah masuk kealam pembelajaran baru (matrik). Seawal perkenalan bermula tatkala ak n dia ditempatkan bersama rakan2 yg senasib untuk diragingkan. Masa ni jenuh gak nk hafal nama semua org hihi nama dia pn ak lp =P almaklumlah dlu ak ni mn nk tgk laki sgt. Hihih tujuan utama nk blaja n nk dapat yg terbaik (konon ar time tu). Dalam seminggu mmg tahap raging akak2 n abg2 fasi sgt lah x berperikemanusiaan (ade sikit kot) mmg tahap dera mental tul. Sebaik time tu ak bleh terima cabaran yg mencabar ni..(konon2 ar tp malam2 dok mengalir gak air mata Hampess tul). Genap seminggu sesi LDP pn tamat. Time pembahagian kelas ak, dia dan fatma dapat sekelas. Tapi dia ni pelik lah sikit ak rasa penah ckp dgn dia pn dalam 2 kali je kot selama blaja kat matrik. Ak pemalu ke dia yg sombong (ngee~~ sowy terkutuk sikit). Sampailah sesi terakhir kelas pn ak rasa mmg ssh nk jmp dah dia, dan ak ingat mmg x kn jmp dah lantaklah. Namun 1 msg yg ak terima dari dia masa ak 1st year kat USM menjalinkan semula silaturahim antara ak n dia. Tapi tu pn cam cips more kejap ade kejap xde. sampailah ak mula rapat dan menjadi sahabat dia setelah ak final year kat USM. Thanks my dear for giving me a support when my gloomy day. Then mula lah 1 episode ceritera antara ak dan dia.

Pernah seketika dlu ak kehilangan dirinya walaupun hati ini menghalang dia pergi namun tak termampu kata-kata itu terluah di bibir. Ak hanya mampu melihat dan membiarkan dia pergi membawa haluan sendiri. Dia yang sentiasa ada di waktu duka, gembira namun ak tidak mempunyai hak yang hakiki untuk menghalang dia pergi. Semakin hari semakin menebal lak rasa sayang ak kat dia seperti tidak mahu ak kehilangan dia lagi. Ingin sahaja ak jeritkan agar dia mendengar kata hati ak ni namun apakan daya. Jeritan ak sampai di hati sahaja x keluar pn kat kerongkong hihihi.

Ak dan dia terus membawa haluan masing mencari kebahagiaan sendiri, namun sejauh mana ak berlari rasa kosong tanpa dia. Atas alasan ak x nk kehilangan sahabat baik sepertinya, ak berhubung semula dgn dia. Berbunga hati ak untuk seketika dgn kehadiran insan sepertinya namun tatkala ini ak hanya mengharapkan dia mengerti akan perasaan ak. Mungkin esok, lusa, sebulan, setahun baru dimengertikan perasaan ini. Persahabatan in terus terjalin sehingga 17.5.07 ak yakin tidak akan kehilangan dia untuk sekian kali (ak kat PD time ni). Hati ak berbunga riang….. dah masuk lima tahun xpenah jmp dia tapi keserasian antara ak dan dia termetri di sudut hati . My dearest, Mohd Shukri Mat Salleh thank you for loving me. Kau selalu ku nanti kerna ku syg kamu."