Thursday, January 17, 2013

promote blog!

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

Jemput jengok-jengok kedai kecil saya. Bermula daripada ingin mencuba terus terjatuh hati. =)

http://mommyizzatie.blogspot.com/

Friday, January 4, 2013

Jalan kau, dia, dan aku berbeza,
Tetapi tetap berpijak pada bumi yang sama,
Tetap menuju ke arah yang sama,
Tetap menunggu hari yang sama,

Namun setiap jalan tidak sama bentuknya,
Ada yang lurus tak berliku,
Ada yang berliku tak berbukit,
Ada yang berbukit tak bertangga..

Semua jalan-jalan ini bergantung sepenuhnya kepada kamu..
Pada kesabaran kamu,
pada keimanan kamu,
Pada keteguhan hati kamu,

Ada yang berlari,
Ada juga yang berjalan pelan-pelan
Apa juga caranya teruskanlah..
Kentalkan hati jangan berputus asa..
Jangan sesekali kamu berpatah semula..
Kelak nanti akan bertemu juga di nokhtah yang sama..
Percayalah pada diri!

Monday, October 24, 2011

sampah oh Sampah..

Bismillahirahmanirahim.


Entry kali ni saya nak membebel sikit pasal kesedaran sivik rakyat negara ini, bukan nak menunding kepada semua atau salahkan semua orang. Segelintir rakyat tu tak termasuk lagi dengan longgokan warga asing yang ada kat sini..

Sabtu lepas ajak en suami pergi Hutan Bandar Putra berjalan2 (konon2 nk exercise sikit) sepuluh tapak nampak benda putih bersepah2 kat atas tempat pejalan kaki. Padahal tong sampah dok sebelah plak tu. Ish2..jalan ke depan lagi selonggok sampah atas tanah, walhal tong nun kat sana besor lagi. Rasa2nya kalau hari tu ada program mengutip sampah penuh kot satu lori. Apelah salahnya kalau dah makan/ minum tu buanglah kat tempat yang betul. Dah jadi tabiat rakyat ini kot lepas makan campak (majoriti) minoriti je kot yang ada kesedaran sivik ini. Tu belum dok cerita tong sampah masuk tasik..Benda-benda ini semua sedikit sebanyak mempengaruhi jugak sikap anak2 kita nanti..Sedarlah warga2 yang selalu mengunjung Hutan Bandar, taman kat sini tak banyak pun, itulah tempat beridah, jalan2, tempat kasi ikan2 makan, tempat tengok kapal terbang. So jagalah kebersihan sikit. Tak kan pulak nak buat progam 1 sampah = rm 0.50 baru nak sibuk2 kutip kot.

Masa nak balik lagi best, ada sebuah kenderaan ni main campak jer sampah plastik minuman dan makanan melalui tingkap. Haish... rendah tul mentaliti rakyat...ooo sangat sakit mata!!

Sunday, October 16, 2011

Berat yang ter'Over'

Bismillahirahmanirahim

semalam sempat ke klinik tuk scan baby. Alhamdulillah baby sihat cuma saya yang tak berapa nak balance..huwaaa. Masa tgh scan, baby memang aktif bergerak..siap isap jari lagi dalam perut saya. Then bila saya tanya doc keadaan baby, doc ckp baby sihat pastu baby pun tunjuk 'thumb up' kat doc, saya dan suami.. gelak kami bertiga dalam bilik tu. Bila saya tanya jantina, baby dok pusing-pusing tak jelas tang jantina tp doc ada ckp berkemungkinan ....... yang penting bagi saya dan suami baby kami sihat. Terima kasih ya Allah di atas nikmat dan kurniaan yang tak terhingga ini..

Berat saya skrg ni dah naik hampir ke 11kg. ooowhh sgt berat dan sangat bahaya ckp doc. Pasni kena diet mana yang patut pesan doc.~tata coklat, ais krim, burger, waaa. Air ketumban doc kata banyak dan tak berapa elok, silap haribulan awak tak bleh bersalin normal ni atau dapat kencing manis ~~huuhuhu (T.T) ya Allah kau berikanlah kesihatan yang baik buat anakku serta permudahkanlah segala urusan kami..amin.

Semalam jugak saya dok google bahan bacaan pasal air ketumban banyak dan masalah2 yang bakal dihadapi, so pasni memang kena jg bab2 makan dan msk 8 bln dah bleh start jalan2 kat taman...

Thursday, September 22, 2011

Bismillahirahmanirahim

entry kali ni berkaitan dengan rancangan OPRAH yang baru jer pagi tadi keluar kat TV. Agak menarik topik discussion mereka kali ni.

Melalui statistik di Amerika Syarikat sebayak 84% pekerja yang tidak menyukai pekerjaan mereka. Huih~~ lebih kurang 4/5 daripada bancian yang dibuat. So, Sorang-sorang dok cite masalah mereka. Ada yang sampai masuk hospital sebab terlalu stress dengan kerjaya mereka.. Pulak dah. Yang tak kerja punya dok stress nak cari kerja. It's all about your strength on your work! (tajuk tadi lah mereka dok bincang)

Rumusan yang dapat dibuat daripada beberapa orang pekerja, masalah berlaku apabila mereka sendiri tidak tahu menyusun jadual dan mengenalpasti kemampuan diri semasa melaksanakan pekerjaan. Jgn terkejut plak sebab ada yang sampai nak lari dari rumah sebab tak tahan dengan masalah kerja dan family finance.. haiissh~~

"i never say 'no' to boss when he/she ask me to take that job"
yup memang tak dinafikan memang ada orang yangg tergolong dalam kalangan ni. alasan tak sampai hati or tak nak bos kita rasa kecewa dengan kita. Tapi walhal kita memang tak termampu nak buat. so lama2 memang kita sediri rasa tak gembira dengan kerjaya kita. Terlalu banyak task, no focusing for one task. Kepala pun bleh berpusing2 sebab dok banyak fikir. Kalau nak terima sesuatu kerja lihat dlu portfolio sendiri jangan dok nak pulun semua tapi habuk pun tarak..(ni ayat sendiri ikut bahasa pasar). Try to say 'no' when you're really need it. (Tapi jangan dok gatal say no klu memang xde kerja nak buat-hujung taun dapat notis berhenti kerja plak)...

continue lain kali sebab ada kerja yang perlu dibuat even im only fulltime housewife..hehehe but i really appreciate this time and enjoy to do all of this works.

Monday, September 19, 2011

Mom & baby expo...

Bismillahirahmanirahim

1st of all it's been a long time without any posting or story 'mory' from this blog. A simple reason...-no idea,....(hahha x nak ngaku malas =P). Im try' to update this blog ya~~ haaaacuuummm (Habuk banyak sangat!!) haish..(-.-)

To all mommies out there (kat Johor jelah kot), please save this date:
Date : 23 to 25 September 2011
Time: 10am t0 9 pm
venue: Danga City Mall, Johor




so pasni siapkan wishlist mom & baby supaya tak ler terover budget sangat (dah ler uat hjg bulan lepas raya plak tu (T.T). Pesan saya jadilah pembeli yang bijak (^^,) & selamat bershoping!

Wednesday, April 6, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi


Berhenti seketika mengejar kesenangan dunia, berhenti mengeluh kesusahan , berhenti dari perasaan marah... muhasabah diri untuk memperbaiki setiap kelemahan..renung sedetik cuma, pasti terkesan ke dalam jiwa. (psttt: dengar sampai habis, buka kuat2 pun xpe, makanan tuk jiwa)



Wednesday, March 30, 2011

People Doing Impossible Things



If they can do this, so why don't u?



tapi tok sah nagada2 nak pi gadai nyawa uat benda2 bodoh k.

Wednesday, March 23, 2011

Resume ke Syurga....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi


Bila dok sebut pasal resume sume dok belek, cukup tak semua maklumat dan pencapaian yang diperolehi masa sekolah dulu. Kalau boleh semua nak di isi sampaikan tak cukup ruang. sambung pulak page belakang hihi. Lepas tu make sure lagi tuk kali kedua betul tak ejaan, cukup tak maklumat dan semualah. Kalau resume dah tip top insyaAllah nanti akan dipanggil pulak untuk bekerja..

Tapi dalam sebuk membuat resume dunia, terfikir tak kita untuk membuat resume ke syurga, mesti ramai dok gelak sebab mana ada resume ke syurga... Andaikan k, bermakna kita listkan semua amalan kita sbg contoh:

Nama:

Umur:

Solat lima waktu:
i. Solat awal waktu
ii. Solat akhir waktu

Solat sunat:

Khatam Al-Quran dan maknanya:

Amalan mengikut sunnah:

Amal jariah:

Amalan dunia:
i. Kebaikan
ii. Keburukan

korang rasa boleh sampai tak dua page? Boleh ker diterima resume kita tuk masuk syurga. Bayangkanlah kalau di Malaysia sahaja ada 1 juta orang, andaikan pula mereka mempunyai amalan yang lebih baik dari kita. Kalau 1 dunia???? Entah tempat ke-berapalah kita nanti kalau hanya berbekalkan dengan amalan2 yang seciput ni..

Pesanan buat diri sendiri jugak ni.....Mulai sekarang perlu berusaha dengan lebih gigih tuk isi resume ke syurga pulak. (^0^)

Wednesday, March 16, 2011

Bismillahirahmanirahim

Jom layan kedua-dua video ni.



Pastu ni pandangan daripada pelbagai pihak pulak....



Memang betul orang tua-tua cakap, klu terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata??? sendirilah tanggung....

Tuesday, March 15, 2011

Bahaya mi segera...

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihi.....




Cakap pasal mi segera pasti ramai yang sangat menyukainya.. lebih2 lagi ianya mudah dan senang tuk dimasak.. dalam keenakan yang dirasa tapi terselit 1001 rahsia yang tersembunyi...(ayat ape dah layankan aje..kih..kih..). Kalau nak di senaraikan mungkin ia boleh bermula daripada pembuatan mi itu sendiri dan juga perasa yang mengenakkan lagi. lagi2 kalau dimakan diwaktu panas dan lapar... nyumm.nyum..

Di pasaran sekarang ni pun, pelbagai jenama dan produk yang menyediakan makanan segara ini. Haish... kadang-kadang rambang mata pulak nak pilih yang mana satu. Perasa dan perisa semua tersedia cuma sediakan wang yang secukupnya sahaja...

Tapi!!!!!TAPI....Sedarkah kita kesan jangka panjang pada kesihatan serta imunisasi badan kita??? pagi-pagi tadi dok meng'google'. Dan ini hasilnya "selamatkah makan mi segera"???
Segalanya ditangan anda. bak kata pengacara semanis kurma "anda buat anda dapat" ...
moh kita renung2kan bersama...





--------------------------end-------------------------






"Actually i missed my period day almost 1 week, and my calculation from the ovulation it reach around 21day (normal ovulation on 14 if im not wrong). Suddenly, my period came out heavily (T.T) huhu now i feel the pain ngehhh..ngeh... On that time I'm realise i should be more positive and always remember, HE have another plan for me and HIS plan is always the best among the best!!!"

Saturday, January 22, 2011

Awal-awal tahun ni perancangan awal perlu disediakan. Reserve hari-hari penting, mencatit segala event-event penting spy nnt saya tidak di datangi dengan penyakit LUPA. hhahha.

Tidak terlepas juga undangan perkahwinan sepupu dan rakan-rakan. InsyaAllah setakat ni masih membolehkan saya menghadirkan diri untuk ke majlis mereka.

Seawal pagi tadi sempat saya ber chit-chat dengan seorang sepupu rapat saya. Tahniah buat Suhana Safari anak bongsu pak ngah & mak ngah, yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 4 Jun 2011. Teringat pulak zaman kecik-kecik dulu, ramai jgk yg cakap muka kami ni macam adik beradik kandung. Hihi mana taknya kat mana ada saya disitu jugalah ada nana.

Dan seorang lagi sepupu saya esah yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 May 2011. Tahniah esah!! Sonok klu dapat sembang dgn dia ni. Kompem pastu gelak besor. hahah

lagi 3 org sepupu plk xsure lg tarikh. InsyaAllah dalam taun ni jgk.


Nota: Tgh bersemngat dok collect tarikh wedding org. hihih

Wednesday, January 12, 2011

owwhh tidak...

Bismillahirahmanirahim




Entry kali ini saya nak kongsikan sedikit 'kejadian' yang tak nak langsung saya ingat..huwaaaa

Tabiat suka mengunyah ni kadang-kadang perlu di ambil perhatian lebih sedikit..
jangan sesudah bismillah kita terus ngap..ngap...lagi-lagi klu benda yang kita kunyah tu bersaiz kecil...

Saya sangat suka mengunyah bila waktu melakukan kerja di depan PC, tgk tV (hahah mnlah x bertambah-tambah berat bdn ni). Dulu pun masa blaja satu balang kismis sunmaid + biskut hup seng mesti wujud kat bilik saya. sekali hadap mesti sampai setengah...hahahah punyalah ralit dok makan benda-benda cam gini.

Semalam masa nmpk kismis ni terus saya beli tp bukan jenama sunmaid tp lego kismis hitam. memang heaven dapat makan kismis ni.. kunyah sekali mesti tak cukup, tangan dok suap mata pulak dok tengok tempat lain.

Sampai ler kismis yang terakhir (sempat jugak share dgn en suami) baru lah perasan rupa-rupanya dah nk abis.. berusaha jgk dok ketuk-ketuk bagi keluar yg terakhir (baru teringat nk tengok)

..... jeng...jeng...


nak letak jgk jenama ni


i'm speechless ... (T.T) owh sgt kejam.....



sambil membuat gaya yg tah hapa2. Rasa nk kuar balik suma tadi... huwaaaaaaaaaaaaa.

Wednesday, December 15, 2010

Nasihat ayah..

Bismillahirahmanirahim

Tiba-tiba sahaja saya terpaksa menekan break emergency di tgh2 jalan menuruni bukit..
bunyi tayar dan dentuman kecil terakam kemas di kotak telinga saya...
saya tertujah kehadapan sedikit, (sebaik saya pakai seat belt) Jalan yang licin (br lepas hujan) dan menuruni bukit mengurangkan lagi daya cengkaman tayar kereta.


Haish.. anjing ni pun klu nak melintas tengok jgklah kiri kanan (getus hati saya)
hihi anjing manalah tahu tatatusila melintas jalan.
Alhamdulillah saya selamat dan anjing tersebut pun selamat. sempat berlari-lari lagi selepas dilanggar oleh saya...(-.-) huhuh~~

teringat plak pesan ayah, selama 2 thn juga ayah masih lagi tidak meluluskan lesen kereta saya selepas mendapat kelulusan rasmi dr JPJ. Jenuh jgk, saya di suruh bawa kereta di jalan yg berbersimpang sior, gelap (xdelampu jalan) hanya berpandukan garisan putih jalan dan lampu dr kereta (tp ayah dok sebelah)

1. Bawak kete jgn lebih 115km/j (selalu terbih sikit 130km/j)
2. Kalau jalan licin jgn pakai gear 5 (auto x leh nk set gear)
3. Jgn panik / lepas stereng, pegang stereng dgn kemas. (saya praktikan)

Terima kasih ayah..

Tuesday, December 14, 2010

Bismillahirahmanirahim

Mari-mari kita tontan ini cerita ....



yang ni berlaku kat jepun ala dalam rancangan "im old enough". Suka tgk budak-budak kecik yang tahu erti hormat, tatatusila, berdikari... dahlah comel2 geram plak saya tengok..

tapi sedih sgt bl tgk video kat bawah ni..



rendah tul nilai mentality budak-budak kat sini.. haish..segan nak sebut negara mana. Korang tgk & agak sendirilah. Salah apa pakcik ni sehingga diperlaku sedemikan?? cuma menumpang teduh di kesesakan kota. Anak??? entah.. hanya ditinggalkan keseorangan di pinggir-pinggir kota.
.
.
kalau terus dibiarkan dan di pandang dengan hanya sebelah mata sahaja tidak mustahil moral masyarakat kita semakin merendah walaupun negara semakin maju...

hurm...Kesan jajahan secara physiology barat telah menular disetiap golongan masyarakat tanpa sedar. Suapan minda telah di isi dengan pelbagai pengaruh negatif daripada positif. Lihat saja, sgt besar pengaruhnya.

Monday, December 13, 2010

Kenangan..

Bismillahirahmanirahim


"nk tinggal bersarang semut, dan lelabah ke pn yanti oi..."
hahhaha ayat en suami yang slalu bertanya tentang blog saya ni..
emmmmmm.... okies saya
......"Malas"... (^^,)v ehehe

Dah lama sangat saya ber'hibernate'
.
.
.
Kenangan itu tak selalunya indah
dan kadang2 tak selalunya manis...

tapi saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai
setiap kenangan itu..


rasa-rasa boleh cam tak muka saya & en suami di sini.. try harder k.

Dan kerana kenangan itu juga membuatkan kita jadi semakin akrab
serta kenal erti sebuah persahabatan..


Pttsss.... : en suami duduk di barisan tgh hujung sekali sebelah kanan.. dan saya dibarisan tgh hujung sekali sebelah kiri.. serius ms ni sembang pun tak pernah..nikan pula nak bercakap "salam"

Wednesday, November 17, 2010

KUaLiTi vs KUanTiti

Bismillahirahmanirahim

Sedar tak????

Perubahan pendidikan dari segi penggunaan bahasa sahaja tidak akan membuka minda pelajar ke tahap maksimum. Pelajar akan terus menerus menggunakan kaedah hafalan ..dan ingatan. Kedua-dua kaedah pembelajaran ini tidak akan kekal lama…jika pelajar hanya didedahkan kedapa pembelajaran yang hanya menggunakan kemahiran shor- term memories atau long- term memories.

Perubahan struktur pendidikan yang kurang efisyen ini akan menghasilkan lebih banyak KUANTITI pelajar yang cemerlang secara teoritikal namun kurang dari segi KUALITI yakni lemah dalam praktikal menghadapi cabaran dunia sebenar ….

Dan tidak hairan jugalah jika kita akan kekurangan pakar dalam sesuatu bidang dan menyumbang kepada faktor mengimport pakar daripada luar. Walhal jumlah graduan terhasil bertambah setiap tahun.

Jadi, dimana kurangnya strategi pembelajaran sisitem Negara kita???

Selalu juga kedengaran di corong-corong radia/ TV menyebut lambakan siswazah menganggur, skim itu dan ini..tahukah anda, sebenarnya anda hanya melaburkan masa dan sejumlah wang yang banyak untuk sesuatu benda yang sebenarnya boleh diperoleh semasa anda berada di dalam pengajian anda!!!

Kebanyakan di dalam sektor pendidikan Negara kini menggunakan 3/4 pendekatan pembelajaran yang berasaskan teori semata-mata dan hanya 1/4 berasaskan kepada praktikal. Tapi didalam sektor pekerjaan anda perlu menggunakan 3/4 kemahiran berbanding 1/4 teoritikal!

Tidak hairan juga jika kebanyakan pelajar Malaysia memiliki daya motivasi dan self-confident yang rendah serta lemah dalam komunikasi. Di dalam minda kita terdidik sejak seawal usia “salah/membuat kesilapan/gagal = hukuman” supposedly let them learn from experience..


nota kaki: Saja bior tergantung kat sini. =)

Monday, November 15, 2010

25 repekan saya

Bismillahirahmanirahim

Saja bukak blog pepagi tadi sambil mamai saya baca “darlink u kene tagggg” mommy adam…
Blur kejap..hurmmm…hahh 25 repekan..ngeh..ngeh...
Almaklumlah memang dah lama sesangat tak mengupdate blog. Agaknya klu bleh vacuum menatang ni agak2 penuh satu beg plastik.. blur juga lah saya nak merepek sampai 25 benda ni ...

1. Suka berjalan dgn speed yang agak laju. Tah agaknya dlu dah terbiasa jln kaki kot ms time blaja. Penah jgk kn peril “budak ni td tgk ada kat sna bl ms plk sampai kat sini” ~saya terbang =P

2. Suka mencuba benda yang baru walaupun takde skill, org kate learn from experience is much better than nothing. Hahah tp smpai skrg ni tak reti lg buat donat..huh~~

3. Suke menconteng-conteng buku. Masa blaja dlu sume buku rasa mcm dah lunyai jer, lg lunyai lg best nk baca, bak org kate rjn study lah (konon jer) walhal suka bawak buku tido sekali mn tak lunyai dah kn himpam dek badan.. haish..(>.<)

4. Bab menyepahkan bilik no 1, tapi tak suka org tlg kemaskan sbb nnt ssh nk cari barang sendiri.

5. Slalu jgk kn peril dgn en suami bl menonton cite touching sikit abis hidung berair..ish..ish..

6. Kadang-kadang terlalu ikut rulse a.k.a SKEMA, but once I'm breaking the rules kompom pastu kn denda.. hadoi…camna nak lari.

7. Paling tak suka makan cili yg dipotong2 or sambal blacan. Tapi suka sgt mkn asam pedas dan sambal kicap. Hahha..(@.@)???

8. Dulu masa mak uat kek mesti tangan dok gatal kikis yg hangit-hangit kat tepi (dlu kan gn oven dapur gas) pastu senyap2 bawak lari. Masa makan memang heaven, krup ..krup..walaupun pahit tu lah yg plg best..lallal~~

9. Suka simpan duit luar negara dan negara sendiri (yg ni x kekal sbb slalu gn) so sape2 nk pegi luar sana tinggalkan saya sekeping dua duit negara sana k. hahhaha~

10. Klu bercakap bab mekap saya lah yang plg ke bawah sekali, ssb muka ni saya tepek jer dgn bedak baby J&J, tepek lain sikit naik jerawat satu muka... ichy..ichy..tak suka.

11. Mencabar diri tuk buat benda yang merapu cam gunakan kedua-tgn tuk uat 2 kerja serentak. 1 tekan kalkulator 1 lagi taip kat pc. (*.@) adus...

12. Bila dok baca novel yang jalan dia meleret2 mesti saya baca awal , tgh dan last sekali. Hahhaha. You know how the writer plan their story. Cuma buku Hijap sang pecinta, cinta sang ratu dan bagaikan puteri saya baca sampai abis.

13. Menonton cerita kartun sampai pagi dgn en suami..

14. Terlalu addicted dgn kaler hijau…go for green~~ I like it!!!

15. Kadang-kadang penah terlalu addicted dgn coklat, sehari wajib bli at least 1 bar coklat blackforest!

16. Tengah mencari duit Malaysia RM20.00, dulu penah jumap sekali jer. Tp bleh palk terguna sbb masa tu budak hingusan lagi.. hhuuhu~

17. Agak nakal masa kecik dlu, penah takutkan orang yang dok lalu lalang malam2 kat jalan. Hihih ~~ pencakar rmput + baju melayu putih.. taraaa~~ ayooo ama apaaaa…blala.. sian budak Indian tu lintang pukang dia lari. Saya dan kawan2 gelak guling.

18. Dulu masa dok rumah berek polis slalu jugak panjat bumbung dengan akak polis. Tgk view dari atas walaupun tak tinggi sangat , dunia ni sgt luas..

19. Pernah juga bercita-cita untuk menunggang motor 500cc macam McBiaggi huhu walaupun tak reti nak bawak moto 150cc..haish...~

20. Kalau dah terlalu marah suka basuh toilet, tenyeh2 lantai toilet sampai rasa lega.. hahha hasilnya toilet bersih =).

21. Sangat gian nk bermain bola jaring, walaupun stamina dah tersangat rendah.

22. Kalau bershoping sangat susah nak cari benda yang sangat berkenan dek hati last-last satu pun tak beli hihi penat en suami berwindow shoping sama ..

23. Berazam dan bercita-cita dengan en suami untuk meronda-ronda satu dunia.. tinggi tul impian..

24. Menjadi model sambilan yang tak reti nk pose..haru biru gambar jadinya..sian en suami ekeeheheh..

25. Last but not least(ini bukan repekan semata-mata), forever and ever until the end of my life – will always love my husband with all my heart (^^,). Heheh~

orait meh kita listkan sapa plk nak saya tag.. jeng,...

1. lizam
2. achik
3. Adik

repeklah korang, tulislah pape yang korang nak conteng..hehehe

Tuesday, November 2, 2010

hari lahir En Suami...

Bismillahirahmanirahim



Tepat jam 12 mlm genap sudah usia suamiku yg ke-26 tahun..
Baru 1st time nk sambut birthday sama2.. sebelum ni mmg x penah nk celebrate sama2.
Cma sebungkus hadiah kecil sebagai ingatan di hari lahir.

Tapi taun ni berbeza sikit, hahah 1st time jgk rasanya saya beli kek besday kat Bf saya sorang ni (skrg dah jd suami) klu ikutkan hati nk buat sendiri kek coklat kegemaran suami,
namun (hais byk plk alasan) ketuhar masih tidak wujud lagi di rumah ni..

Sempat jgk pg bli kek tadi kat KING's confectionery. Dlu ms kat penang jenama kek ni lah saya telan, - ada logo halal. Tempat lain saya masih belum explore dan mahir lagi silap haribulan sesat tah mana hala plk. hihih

Buat Suami tersayang,

Selamat hari lahir, Semoga dirimu sentiasa dilindungi drpd kejahatan dunia, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan tergolong didalam golongan yg sentiasa mensyukuri nikmat Allah. amin..