Thursday, July 22, 2010

Malaysia kini

budak-budak Dulu ...
Belanja sekolah : 50 sen
mee @ bihun @ nasi lemak : 30sen
kuih : 10sen
air : bawak dari rumah.
baki : 10sen masuk tabung

budak-budak Sekarang
Belanja sekolah : RM 1.50
mee @ bihun @ nasi lemak : RM 1.00
Kuih : 30sen
air : 50 sen
baki : -30sen hutang kat kawan


Dulu
Gaji rendah
harga petrol rendah
harga barang rendah


Sekrang
Gaji rendah (naik pun 2-3 tahun keje)
harga petrol naik tak turun-turun (jgn haraplah nak turun)
harga barang naik (sbb petrol)?


hurmm....

http://www.emocutez.com

Tuesday, July 20, 2010

Bismillahirahmanirahim..


seawal pagi bunyi-bunyi seperti barang dijatuhkan kemudian beralih dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Sifat ingin tahu sangat menebal dalam fikiran saya. Orangkah atau binatagkah? Andaian demi andaian bermain difikiran, munkin kucing mencari makanan (sbb memang byk kucing) atau... kepala terus menerjah keluar tingkap.

kelibat seorang lelaki yang agak kurus badanya membuka tong hitam di setiap belakang rumah. Disorongnya setiap isi tong di dalam kereta berkaki tiga yang penuh ke satu penjuru. Bau yang menyengat terus tertusuk dirongga hidungku yang berada 50 meter dari pakcik tu. Tabah betul. detik hati saya.

mulalah time ni berfikir berapa lah gaji pakcik ni untuk sehari. Mcm mnlah agaknya dia menyara keluarga dan menyekolahkan anak-anak. Betapa gigih dan tabahnya demi mencari rezeki untuk keluarga.

Adapula kadang-kadang kedengaran suara-suara sinis, gaji banyak ni mana cukup, sakit satu badan keja tapi gaji tak naik-naik. Kalau gaji banyak ini tengah bulan dah abis, tak sempat nak beli kasut baru. Gaji saya sepatutnya ikut kelayakan saya..bla...bla..bla...

Lihat lah pada bumi, fahami dan dalami erti syukur. Bersyukurlah dengan setiap apa yang telah diberikan.

Ya Allah, jauhkan diri ini daripada tergolong di dalam golongan orang yang tidak tahu bersyukur.

Tempe

Bismillahirahmanirahim..



Bila sebut je tempe mesti anda dapat bayangkan bagaimana rupa bentuk paras rupa makanan dari indonesia nikan. Orang kata makanan orang jawa. Betul kah? Kebiasaanya tempe banyak diperolehi dan didapati di johor (yang tradisi..ala yang bungkus-bungkus dengan daun) dan yang paket plastik banyak dah kelihatan kelibatnya di market-market juga di tesco... Femes jugakkan makanan ni. Walaupun rupa dia tak selawa mana. kih..kih.. Don't judge a book by its cover. Judge by its price http://www.emocutez.com

Kalau time raya tempe merupakan salah satu makanan yang wajib dalam masakan di kampung saya (Kluang Johor) sbb keluarga saya memang keturunan jawa. So pagi-pagi ayah akan ke pasar membeli tempe untuk dimasak bersama sambal gorang (campuran sayur, soon,tahu goreng, cili, yang digoreng kering) dan kuah lodeh. Tak sah kalu masa raya tak masak makanan ni.

Kini tempe menjadi salah satu makanan ruji saya hahaha... sangat suka di cicah bersama sambal kicap. Nyummmy.. Banyak juga khasiat tempe ni dan kepada lelaki makanan ni tak berapa elok untuk dijadikan sebagai makanan kegemaraan. Meh baca kat sini kenapa..keburukan tempe.

Tapi pepun tempe goreng memang sedap dimakan begitu sahaja..
Jom layan cite kaisara ni ... teringat lak zaman masa sekolah dlu dgn kawan2 sekelas yang mmg happening..jom layanzz..

klik kat sini Kotex

kalau korang rajin lagi, join contest dia. Hadiah dia mmg lumayan gak..(saya x join pun)

Selamat hari lahir AYAH

Bismillahirahmanirahim..

lama dah rasanya tak menyembang dengan ayah..
tapi pagi tu (18.7.10) celik je mata tgk kalender..yups..arini dan x salah lagi ...
(kih..kih sebab dlu penah salah tgk kalender terwish besday ayah awal sebulan..hampess tul kelender ni.. ayah plk dengan nada slumber nk amik ati saya terus ckp ye terima kasih.. kih..kih.. then bl sedar salah tgk kelender baru lah muka merah padam tahan dek malu. sebaik masa ni kat penang.

Selamat hari lahir ayah..
Maaf tak dapat nak raikan bersama pada 18.7.10 yang ke 54 tahun.
semoga ayah panjang umor, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan...

Nant angah balik angah uatkan kek cokelat dan masak laksa penang eh. =)

Thursday, July 8, 2010

My Phone number

Bismillahirahmanirahim..

Pernah tak anda mendapat satu panggilan dari orang yang anda sendiri tak kenali..hurmm then bleh pulak tanya sapa ya yang call no ni.. Dush..hape dia ingat saya ini tau ker sapa on the line (kalau saya ada ability cam dalam cite mengarut HEROES tu lainlah kih..kih). Lagilah saya hangin bila kita jawab elok dia pulak nak tinggikan suara..(nasiblah sabar saya masih berbaki lagi) kalau idak mesti tertinggi juga suara. Sabarje lah..

Sejak awal pagi tadi saya mendapat panggilan dari Balai ***** klang katanya. Then bertubi-tubi tanya saya sapa yang call guna no ni. Tak cukup plak dengan tu guna no lainlah pulak tanya benda yang sama. OK jawapan saya tetap sama "nope, saya tak tahu". Seyes kalau korang pun mesti rasa annoying tul dgn panggilan camni.Setahu saya orang yang menelefon saya semua saya kenali (ehee yang mana ada dalam contact numberlist jelah). Lagipula saya bergayut berjam-jam pun dengan suami saya. hurmm..

Kadang-kadang recycle number ni menyusahkan orang juga. Penah juga saya mendapat SMS daripada syarikat telekomunikasi yang memaklumkan bill atas nama En.******* masih tertunggak. Walhal saya baru jer uat pembayaran dan baki akaun pun masih negative lagi masa tu (bape sen jer lah pun negativenya ngee~~). Selidik punya selidik rupanya tuan empunya nombor (nombor HP saya) dulu. Tak ker naya orang jer.

emm lepas ni kalau mereka masih melefon lagi......

http://www.emocutez.com

kih..kih..saya bertukar jadi iron lady =P

Sunday, July 4, 2010

mandi Limau...

Bismillahirahmanirahim..

"k.yant as nak pergi cari limau dekat sana ye, " kenyataan as ketika di TESCO sg.Dua
"huik nak masak ker as?" soal saya semula
"tak lah nak mandi limau, best tau kyant"jawab as dengan penuh keyakinan.

Bila sebut je mandi limau teringat masa mula-mula sekali mandi limau. Time blaja silat. Tp jgn tersalah andaian pula. Ye saya mandi limau masa masuk silat cekak malaysia, tp ni bukan amalan khurafat atau sebagainya seperti yang didakwa sesetengah pihak sbb ms mandi dulu tidaklah saya membaca "hai mambang tanah, mambang api dan segala jenis mambang" ish..ish.. tak..tak.. mahupun membaca mentera yang tidak difahami..ohw lagi tidak.

Sebenarnya mandi limau ini bagus dan banyak khasiatnya yang kita sendiri sahaja buat-buat tidak tahu. Yelah almaklum sahaja sekarang ni kita dok sental rambut dengan shampoo anti dandruff, long lasting dan macam-macam lagi. Korang tengok tak pada bahan-bahan yang digunakan dalam pembikinan shampoo zaman sekarang ni.?? Jangan salahkan shampoo klu rambut korang keras kematu or berkelimumur hihi. Mandian pula dah bermacam mandian yang ada di pasaran, yang ada aromaterapi, mandi susu, huis..korang pergi tengok sendiri lah kat market atau kat bilik air korang. See betul tak?

Sebenarnya banyak amalan tok nenek moyang kita yang sangat berguna tapi luput ditelan zaman permodenan. Saya bukan anti permodenan ok Tapi kadang-kadang terfikir juga kenapa orang dulu-dulu kulitnya mulus sahaja (masa tu tak ada lagi mandian aromaterapi, pencuci muka etc. dipasaran), rambut pula hitam lebat (kadang-kadang lambat pula beruban, umur cecah 50 pun rambut hitam lagi) kurang pula dapat penyakit. Ok yang mana elok amalan orang dulu-dulu, kita ikut yang mana kurang tu tok sah dok gatal-gatal nak buat.

Setelah mengamalkan semula mandi limau ni sejak beberapa hari yang lepas, (sbb dlu ada juga mandi limau di hostel tapi paham-paham jelah stok slalu jer abis then malas pula nk berjalan jauh ke market, lagi pula nk kejar masa sental jelah dengan mandian moden) terasa badan seperti dibelai eceee..macam kat spa pula. Kih..kih.. Semangat betul saya menyental dengan bersungguh-sungguh terutama dibahagian ketiak hahaha dan tidak lupa juga dibahagian kepala. Segar beb..seyes..! dan..korang akan dapati bau yang kurang enak disekitar ketiak kamu akan kurang..tidak perlu memakai deodorant (maaf sekiranya anda terasa jijik seketika). Fakta tau khasiat mandi limau ni. Baca kat sini KHAZANAH ALAM SUMBER KECANTIKAN.

Fakta juga ada menyatakan bahawa bahayanya pemakaian deodorant dan ada juga pendapat menyatakan salah satu kandungannya penyebab breast cancer . Korang search kat google. Sure banyak yang kuar. Sehingga sekarang kajian masih lagi dilaksanakan dan masih mencari kesahihan. Sebagai orang timur yang kaya dengan sumber alam dan petua masih mempunyai alternatif lain dalam mendominasikan sumber alam ini. Tak rugi kalau mencuba betul tak?.

Pasni saya nak mandi lulur pula lah..haish itupun kalau rajin nak dok berlama-lama dalam bilik mandi.. huhu~~



http://www.emocutez.com