Tuesday, July 28, 2009

Berjinggo bersama rakan-rakan.



Minggu lepas saya dan rakan-rakan opis berjinggo sambil mengisi perut menikmati makanan yang dipromosikan oleh nabila (area batu feringi).


Tepat jam 815pm saya menyusuri anak tangga yg banyak sebelum ke kedai mamak maiden. Minuman vitagen perisa epal menjadi pilihan untuk mengalas perut yang sedang berkeroncong (time ni kawan sume x sampai lagi). Surat kabar yang masih bersisa di atas rak untuk mendapat perhatian pembeli menarik perhatian saya untuk dibaca. Satu persatu muka surat kabar saya jelajahi selesai membaca saya tinggalkan saja di situ. huwaahahha Bace jer bli x mau. Cukup sekadar ilmuan yng penting dibaca. Hihi sowy ek maiden saya dah abis baca =)


Sampai saja rakan2 seperjuanagn terus pedal kereta di tekan. Dalam 20 minit sampai ke tempat makanan yang diwar-warkan. Terus order chiken chop sos BBQ berserta air jus amra (org panggil kedondong) huwaaa memang heaven rasa jus ni dan makanan dia pun sedap. Cuma view dia kureng sikit sbb kedai makan ni berdekatan dgn kedai mkan non muslim so paham-paham jelah kat batu feringi salah satu destinasi yg menjadi tumpuan para pelancong asing dari serata tempat. Botol arak atas meja bersepah2 sampai brader kedai tu ckp klu nk ddk ddk kat meja ni. Kenapa?” yg ni meja cina ni meja melayu. Terdiam sekajap. Time ni sebaik xde kes lagi yg mabuk sampai tahap gaban. Klu x den and nabila bukak silatlah jawabnye hhahaahh…

Selesai je makan kami terus ke destinasi bajet. Emm tempat ni mmg sesuai sgt kepada sesiapa yang mencari barang berjenama tapi harge bleh tawar menawar. Kawan saya pesan klu nk letak harga barang yg beratusan ringgit letak harga yg plg minimum sekali area 40-45. Tapi ade gak sorang brader dr penang tawar harga baju sampai rm3. Dapat beb. (tp kn tgk barang lah). Cd cetak rompak mmg murah2 DVD pn area RM4 je sekeping. Mmg best klu bawak duit banyak tp saya hanya sekadar mencuci mata sahaja masih. Cuma terkenan kat spek mata hitam channel dalam rm35 nntlah klu lebih bajet bleh grab 1.

To sha, fairuz, bell thanks for the short trip =)

Thursday, July 23, 2009

saya penat~~

Minggu ni rasa macam x cukup rest. banyak gak keje yg dapat diselesaikan n ade gak yg tergendala. Badan pun dah sakit2 sbb cari pasal sendiri g main bola jaring x warming up dlu..(padan muke) then mulalah energy turun ke tahap minimum.

Arini plak dok sibuk nk enroll lecture tuk elearning kat sini~~yoasshh banyak sgt sih.. benti kejap amik udara yg x sihat ni (aircond) tp syukur sbb sekurang2nye sejuk sikit.

Apa pun semua yg berlaku membuatkan setiap hari saya amat bermakna tak kisahlah suka ke duka ke tension or gumbira..kerna hidup ini perlu dinikmati dgn sepenuhnya dan jgn lp sebagai hambanya perlu ada rasa bersyukur dan tawaduk dalam diri. yipeee~~

Tuesday, July 14, 2009

miss U a lot my friends...

kawan-kawan saya
lama benor dah saya tak mencoretkan something kat bloger ni.. huhuh nk kate sibuk memang agak sibuk sikit dengan pertambahan skill yang baru membuatkan saya leka bermain punat-punat komputer yang teratur dan tersusun itu. Kadang-kadang pula setelah selesai sepertiga ayat yang ingin dimasukkan sunyi tup...connection error. hahaha gigit jari sendiri. Biasalah tu ..

Semasa membuka kembali bloging ini teringat pula saya pada kawan2 saya yang telah lama saya tidak ketemui. ala bahasa pasar cakap long time no see. (huwaa mana blaja ni). walaupun jauh dimata tapi ttp dekat dihati kerna kamu adalah sahabat saya. Part ni saya tumpukan pada rakan2 di opis (masa mula2 masuk keje kat usm) akmar (damansara), syuhada (seberang), farah n nabila still kat sini. Nabila of course depan saya sentiasa sbb satu opis. ni lum masuk lagi kawan2 kat slim river.




teringat masa g terengganu aritu `Perhentian'. Banyak pengalaman n kenangan yang kita sama2 dapat walaupun dah setaun berlalu tapi pengalaman dgn korang sume mmg best. pastu mulalah muka masing2 burn huhu~~ sume perjalanan plan dari Akmar (sbb dia dah advance dgn ganu) n yg lain2. 1 and last trip sbb masa ni akmar lum jadi isteri orang lagi. After this kite uat family day lak ek. Congrate to syuhada yang baru jer menjadi isteri org pada 6.6.09 (bulan lepas err still baru lagi ni)



alamak dah nk balik saya x sempat nak merapu lagi nnt saya sambung lagi =)

Tuesday, June 23, 2009

SaHaBat

Sahabat

Semalam telah menjadi sejarah yang akan terukir dari secebis ingatan semalam yang masih berbaki di ingatan. Namun kepada siapa yang bakal diusuli soalan yang masih berbasi2 dibiarkan ditepian seolah2 tidak perlu diungkitkan. Satu persatu jalanan yang ditempuh menerjah setiap pelosok fikiran memainkan sejenak ingatn terhadap seorang rakan yang telah ditinggal.


Sahabat, tiga suku kata yang terukir mencerminkan keperibadian seseorang yang begitu dan amat dipecayai. Semalam masih terbayang akan gelak tawa yang masih menceriakan setiap perjalanan semalam masih lagi riuh dengan sapaan setiap pagimu, semalam kau masih lagi menunujukkan kenakalanmu , namun hari ini tiada lagi gelakmu yg meriuhkan suasana kelam di pagi hari, tiada lagi sapaan pagi yang menceriakan, tiada lagi usikan mu yang kadangkala mencuit hati ini.


Semoga dipertemukan kita di suatu ketika, yang mana antara kau, aku dan dia kembali megukirkan sejarah yang menjadi kenangan selamanya. Buat sahabat, sekali ku mengenalimu selamanya kau tetap akan menjadi sahabatku samapi bila-bila. Kerna kau adalah sahabatku.

Semalam masih berbaki senyuman dibibirmu
Namun hari ini tiada lagi gelak tawamu
Semalam masih lagi kau menyebut namaku
Namun hari ini begitu sunyi tanpa sapaanmu..


P/s : kepada sahabat teruskan perjalananmu kerna kutahu setiap langkah yang tercipta akan megukir sejarah yang tidak ternilai harganya untuk dirimu.

Tuesday, June 16, 2009

Arini memang tension tahap hiper, entah rasa cam hangin jer.. seperti halilintar memecah kesunyian dataran pagi yang aman. Satu persatu perkara datang menyerang kesabaran yang hanya tinggal cebisan-cebisan kecil. Tidak termampu untuk melawan kata2 syaitan hati yg semakin bermaharajalela di jiwa argh pedihnye menahan kesakitan yang tidak dapat diluahkan..Cukup pergilah jauh2 tinggalkan aku dalam keadaan aman, jangan dihasutkan lagi hati yang semakin degil dgn tujahan kata2 dusta. Jauahkan aku dari mati hati, mati yang paling keji dimataMu ya Allah. Astargfirullah.. mengucap panjang tatkala ini ketika kaki semakin tunduk jatuh dan mencium bumi. Tatkala aku memerlukan kekuatan yang mampu untuk aku terus menampuhkan segala kekuatan yang ada. Kuatkan kaki ini dijalanMu yg lurus itu.
Zikir terus membasahi bibir agar kaki dapat berdiri semua berjalan dilandasan kesabaran. Tabahkan hati hambaMu yang kerdil ini menempuhi ujian Mu ya Allah. Hati ini kembali tenang..
"Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya"

Monday, June 15, 2009

Nur Damia Amni

Amni Comei
Rambut kerinting cam meggi, pastu klu dapt cakap mmg kalah orang tua. ade jer dia nk ngomelkan. huwaaaa rindu sama amni..=(

Sunday, June 14, 2009

My Engagement Day



Antara percaya atau tidak ak telah selamat menjadi tunang Mohd Shukri pada 7.6.09.


Ding dong Jam di dinding menunjukkan tepat jam 2pm, hari ni tercipta satu lagi sejarah dalam diri ak. Tarikh keramat yang dipilih ini membawa seribu senyuman di bibir ak. Ternyata jodoh antara dia dan ak masih kuat walaupun terpisah seketika namun akhirnya bertemu jua dalam ikatan yang direstui. Debaran hati ak masa tu mmg tahap pecutan Ferrari yang bergerak di litar F1. entah pesal lak gabra tahap maksima..hihi (ak kn pemalu orangnya ahaksss…).

Muka ak yang telah dimekap tebal oleh sepupu ak mmg menutupi sedikit keresahan ak.. (tp mmg tebal ak sendiri pn x kenal ahahahhaha)..setelah perbincangan antara dua keluarga selesai maka masa untuk bersalaman dgn bakal ibu mertua ku..time ni mmg shaking tahap ketara yang tidak dapat disembunyikan lagi huhu sesiapa yang terperasan tu uat2 x nmpk dah ek (huwaaa malu sih).

Bersyukur kepada hadrat Mu Ya Allah atas rahmat yang telah diberikan. Buat tunangku Mohd Shukri Mat Salleh, terima kasih syg. Semoga direstui ikatan suci ini sehingga akhirnya. Love you much my Mr syg. =)


Ps : Mak tam n family, Pak Teh n family, pak su n family,pak lang n family, Cik mah n family serta rakn2 mak n ayh thanks alot for coming. Uat family ak ak mekasih bebanyak sayang kat sume.


Ps: To family shukri + Pak Sedara + Mak Sedara + sepupu dan sume2 thanks for coming.