Thursday, July 29, 2010

Balik Kampung....

Bismillahirahmanirahim..

Dapur dah kemas...
Bilik air semua ok..
suis semua dah tutp..
beg baju dah ready...
Tiket bas dah ada..

Yeahh... malam ni balik kampung


http://www.emocutez.com

Monday, July 26, 2010

SMKDZM

Bismillahirahmanirahim..


Dah lama juga sebenarnya entry ni nak dimasukkan tapi asyik tertangguh shj. Ni adalah sebahagian sahabat-sahabat baik saya di slim river. Teringat lak zaman muda mudi dlu (ecee cam dah tua lak) semasa ponteng kelas sama2, ehee.. makan dalam kelas cikgu ROCK (Rokiah) biasa dah. Main kejar-kejar (woo time PJK jer) dan sewaktu dengannya. Banyak tul kenangan yang tersimpan kat slim river ni sebenarnya terutama sekali kat SMKDZM.. Kalau nk dihuraikan satu persatu emm agak2nya tak muat entry ni.



dari kiri siti, sheila, ayu, ana, adrian (baby shera), shera, intan (mama rock, ms ni tgh dlm pantang lagi), linda, lee aka laili, e..aka ayu. (bagus-bagus semua tunjuk gigi hihi )

Siti : Keja kat bank islam. sempoi dan happening.
Sheila: Ank cikgu rohani, lm tul x jumpa kan last rs ms darjah 6.
Ayu: Player netball sekolah. teror woo.
Ana: bakal jadi umi nanti tahniah ana.
Shera: Alaaaa tomei tul anak shera. Keja kat Maybank suami polis jgn main2..
Intan : mama yang paling sempoi, boleh masa dalam pantang g jalan kat kenduri saya.. huh terharu tul. Sebaik x bw baby boy dia sekali hihi klu x mesti dah merah pp dia saya cium2.
linda: Ni pun sama bakal jadi umi. tahniah linda.
Lee: still happening cam dlu, sempoi dan ceria sokmo.
Eee: Gadis tinggi lampai mcm model ni stay kat KL. Cumei tau..


Semua telah membawa halauan masing-masing dan mempunyai kerjaya yang tersendiri dan ada juga yang telah mendirikan rumah tangga serta mempunyai anak-anak yang comei2.. sangat tembam.. kuit miut tau.



1st time kami gathering blk pada tahun 2009 kalau tak salah kat tupai-tupai. Saya dan beberapa ahli SMKDZM yang lain telah berhimpun di Kuala Lumpur. (masa tu lum kawin lagi) memang best tul dapat jmp dgn mereka ni. Sampai pagi jgk lah kami dok melepak-lepak. ketawa-ketawa, senyum-senyum, dok dengar cerita yang diupdatekan mereka.



Then lama dah x gather balik last pun masa raya taun lepas. Pegi rumah cikgu Noorehan, best woo dapat makan nasi impit dengan rendang ayam tok cikgu rugi sape yang x ikut.


Dari kiri : Fit, Bob, Lalam, kahril a.k.a Joker, hakim, wan paus, nasir, adib, ila buah hati mirul, mirul, Jai.

tambah sikit info ttg mereka ni
Fit : dah jadi bapa kepada anak kembar . Tahniah Maizatulhana dan Fitri.
Bob : Merantau kj sampai ke serawak tp rs dah blk ke semenanjung
lalam: baru lepas accident dgn kereta baru dia Lenser agak teruk jugaklah tp alhamdulillah sihat dah.
khairil: Merantau keje kat singapore.
hakim : Keja kat KL
Wan paus : rsnya keje kat KL lp nk update.. maaf wan
Nasir: baru jer kawin aritu dgn org johor. tahniah weh.
adib : Orang kuat di Ipoh.
Mirul : Still kat KL dan perangai tak ubah2. Tak kering gusi dibuatnya.

Terima kasih sangat2 yang tak terhingga tuk sahabat-sahabat saya ni yang dapat hadir ke majlis saya 13.3.10 aritu dan sahabat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami. Saya sangat menghargai kalian semua. Arigato gozaimase~~~ korang memang best sangat2.

nota kaki: Kepada sahabat, maaf seandainya saya tidak berlama-lama untuk duduk bersama-sama kalian. Kalian sentiasa saya ingat sampai bl2. raya nnt saya tak janji bleh gather dengan korang tp saya cuba untuk dtg beraya ke rumah korang semua.

with love
Yantie

Sunday, July 25, 2010

Iklan Petronas

Bismillahirahmanirahim..


Jalan-jalan kat tenet sambil menekan-nekan keyboard
terjumpa iklan ni..
tersentuh si ati..
jom ambil ikhtibar....



nota kaki: antara iklan yang paling saya nantikan semasa bulan ramadhan, sgt menyentuh perassan kalbu. Sama2 kita nantikan kemunculan iklan raya petronas tahun ni pulak. yeahh..

Thursday, July 22, 2010

Malaysia kini

budak-budak Dulu ...
Belanja sekolah : 50 sen
mee @ bihun @ nasi lemak : 30sen
kuih : 10sen
air : bawak dari rumah.
baki : 10sen masuk tabung

budak-budak Sekarang
Belanja sekolah : RM 1.50
mee @ bihun @ nasi lemak : RM 1.00
Kuih : 30sen
air : 50 sen
baki : -30sen hutang kat kawan


Dulu
Gaji rendah
harga petrol rendah
harga barang rendah


Sekrang
Gaji rendah (naik pun 2-3 tahun keje)
harga petrol naik tak turun-turun (jgn haraplah nak turun)
harga barang naik (sbb petrol)?


hurmm....

http://www.emocutez.com

Tuesday, July 20, 2010

Bismillahirahmanirahim..


seawal pagi bunyi-bunyi seperti barang dijatuhkan kemudian beralih dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Sifat ingin tahu sangat menebal dalam fikiran saya. Orangkah atau binatagkah? Andaian demi andaian bermain difikiran, munkin kucing mencari makanan (sbb memang byk kucing) atau... kepala terus menerjah keluar tingkap.

kelibat seorang lelaki yang agak kurus badanya membuka tong hitam di setiap belakang rumah. Disorongnya setiap isi tong di dalam kereta berkaki tiga yang penuh ke satu penjuru. Bau yang menyengat terus tertusuk dirongga hidungku yang berada 50 meter dari pakcik tu. Tabah betul. detik hati saya.

mulalah time ni berfikir berapa lah gaji pakcik ni untuk sehari. Mcm mnlah agaknya dia menyara keluarga dan menyekolahkan anak-anak. Betapa gigih dan tabahnya demi mencari rezeki untuk keluarga.

Adapula kadang-kadang kedengaran suara-suara sinis, gaji banyak ni mana cukup, sakit satu badan keja tapi gaji tak naik-naik. Kalau gaji banyak ini tengah bulan dah abis, tak sempat nak beli kasut baru. Gaji saya sepatutnya ikut kelayakan saya..bla...bla..bla...

Lihat lah pada bumi, fahami dan dalami erti syukur. Bersyukurlah dengan setiap apa yang telah diberikan.

Ya Allah, jauhkan diri ini daripada tergolong di dalam golongan orang yang tidak tahu bersyukur.

Tempe

Bismillahirahmanirahim..



Bila sebut je tempe mesti anda dapat bayangkan bagaimana rupa bentuk paras rupa makanan dari indonesia nikan. Orang kata makanan orang jawa. Betul kah? Kebiasaanya tempe banyak diperolehi dan didapati di johor (yang tradisi..ala yang bungkus-bungkus dengan daun) dan yang paket plastik banyak dah kelihatan kelibatnya di market-market juga di tesco... Femes jugakkan makanan ni. Walaupun rupa dia tak selawa mana. kih..kih.. Don't judge a book by its cover. Judge by its price http://www.emocutez.com

Kalau time raya tempe merupakan salah satu makanan yang wajib dalam masakan di kampung saya (Kluang Johor) sbb keluarga saya memang keturunan jawa. So pagi-pagi ayah akan ke pasar membeli tempe untuk dimasak bersama sambal gorang (campuran sayur, soon,tahu goreng, cili, yang digoreng kering) dan kuah lodeh. Tak sah kalu masa raya tak masak makanan ni.

Kini tempe menjadi salah satu makanan ruji saya hahaha... sangat suka di cicah bersama sambal kicap. Nyummmy.. Banyak juga khasiat tempe ni dan kepada lelaki makanan ni tak berapa elok untuk dijadikan sebagai makanan kegemaraan. Meh baca kat sini kenapa..keburukan tempe.

Tapi pepun tempe goreng memang sedap dimakan begitu sahaja..
Jom layan cite kaisara ni ... teringat lak zaman masa sekolah dlu dgn kawan2 sekelas yang mmg happening..jom layanzz..

klik kat sini Kotex

kalau korang rajin lagi, join contest dia. Hadiah dia mmg lumayan gak..(saya x join pun)