Tuesday, June 23, 2009

SaHaBat

Sahabat

Semalam telah menjadi sejarah yang akan terukir dari secebis ingatan semalam yang masih berbaki di ingatan. Namun kepada siapa yang bakal diusuli soalan yang masih berbasi2 dibiarkan ditepian seolah2 tidak perlu diungkitkan. Satu persatu jalanan yang ditempuh menerjah setiap pelosok fikiran memainkan sejenak ingatn terhadap seorang rakan yang telah ditinggal.


Sahabat, tiga suku kata yang terukir mencerminkan keperibadian seseorang yang begitu dan amat dipecayai. Semalam masih terbayang akan gelak tawa yang masih menceriakan setiap perjalanan semalam masih lagi riuh dengan sapaan setiap pagimu, semalam kau masih lagi menunujukkan kenakalanmu , namun hari ini tiada lagi gelakmu yg meriuhkan suasana kelam di pagi hari, tiada lagi sapaan pagi yang menceriakan, tiada lagi usikan mu yang kadangkala mencuit hati ini.


Semoga dipertemukan kita di suatu ketika, yang mana antara kau, aku dan dia kembali megukirkan sejarah yang menjadi kenangan selamanya. Buat sahabat, sekali ku mengenalimu selamanya kau tetap akan menjadi sahabatku samapi bila-bila. Kerna kau adalah sahabatku.

Semalam masih berbaki senyuman dibibirmu
Namun hari ini tiada lagi gelak tawamu
Semalam masih lagi kau menyebut namaku
Namun hari ini begitu sunyi tanpa sapaanmu..


P/s : kepada sahabat teruskan perjalananmu kerna kutahu setiap langkah yang tercipta akan megukir sejarah yang tidak ternilai harganya untuk dirimu.

1 comment:

Mr Nyox said...

tak paham
sastera jawa sgt
hihi