Wednesday, June 30, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Bismillahirahmanirahim..

Artikel ini diemailkan oleh husband saya satu ketika dlu. Sangat berguna, jom kita renungkan bersama.

Peringatan utk diri sendiri…

wpon anda bkerja iklas&bersungguh tp organisasi tak memberi ganjaran yg sepatut nye….

tp Allah Maha Adil..sudah dijanji kan ganjaran Nya lebey berharga…


take 5 minutes to read this…it worth!

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

ikhlaskan diri anda dalam melakukan setiap pekerjaan walaupun terkadang kita termelatah, cepat-cepat kembali sedarkan diri. Jangan mengharapkan sesuatu diluar kemampuan orang lain. So lepas ni ikhlaskan setiap pekerjaan (tak kisahlah anda surirumah ke, pelajar ke, pekerja ke) pasti hati anda akan lapang dan anda kan tenang..remember what you give you will get back! (^^,)

Tuesday, June 29, 2010

Sesat

Bismillahirahmanirahim..

" yan tau tak jalan nak kedai tu", soal pae (faizah) sejurus sahaja kaki ini menekal pedal minyak sehingga mencecah ke 80km/j merentas jambatan pulau pinang.

"errr.. klu ikut google senang je, tapikan pae ni 1st time tau yant drive ke seberang", muka bersahaja saya menjawap persoalan yang bermain-main difikiran rakan saya.

"ah..ape?? so ni kire kita redah jer lah??", nada pae terkejut sedikit.

dengan selamba dan bersahaja "haruslah pae, (sambil muka saya menunjukan barisan gigi yang tak rata itu) ya mari kita beradventure bersama"

Pae dah masak sangat dengan perangai saya yang satu ni. Rindu pula kat pae. untuk makluman pae saya sesat lagi tadi ye benar saya tersasar.. tapi selamat mencari jalan pulang.. kih..kih..

Pertama kali saya memandu tanpa arah (eheheh dekat jer pun tak sampai 30 minit pun) tp kira jauh sikit dari rumah ngeeee... tgk dekat google pun saya tak berapa hafal sbb masih lagi belajar selok belok jalan. hurmmm..

Saya ke UTM bertemu sahabat seperjuangan disana dila. Ohw sungguh baik dan sopan orangnya, tp maaf ya berstatus sama dgn saya. Seawal jam 840pg saya memandu berpandukan arah yang diberikan oleh husband. Ye saya ikut sehingga saya terlihat simpang ke UTM begitu sahaja...aduyai...bas merah mengapa menghalang laluan saya?? Ikutkan hati saya reverse jer blk tapi berduyun pula kenderaan dibelankang. saya terus kan sahaja ke depan. 5 minit kedepan saya masih tidak menjumpai jalan untuk membuat u turn. sehingga tergerak hati saya untuk berhenti di stesen minyak Shell.

"Maafkan saya pakcik, tumpang tanya jalan ke UTM arah mana?" terluncur kata-kata tanpa memberi salam. Iras muka cina jelas kelihatan dimuka yang semakin dimamah usia.

"Cik amik jalan sebelah ni kemudian ikut blakang banggunan ni, nanti akan nampak signboard UTM,"

Ohw jalan ni ye pakcik, terima kasih banyak pakcik," senyuman yang ikhas terpancar dimuka pakcik tadi terus saya balas senyuman itu.

"semoga Allah permudahkan juga setiap urusan pakcik ini", kata hati saya setiap kali menerima pertolongan dan panjat syukur saya kepadaNYA kerana memudahkan urusan saya.

tak samapi 10 minit saya tercegat di depan pintu UTM, alhamdulillah. teror juga saya memandu di johor ya http://www.emocutez.com.

**
di dalm UTM juga saya tersasar lagi..
haish..
**
**
setelah 5 jam disana
**

"ok k.yant nnt kita berjumpa lagi ya. Assalamualaikum. Oh ya ni tau tak jalan balik? Tanya dila.

"ok dila jmp next week. wa'alaikumusalam. Emm tak tau tp husband ckp ikut jer signboard senai. eheee~~ segaris kerisauan jelas dimata ngee...
Takpe jgn isau pandai ler kyant cr jalan nnt. Ni kan kat Malaysia." lantas kerisauan dila semakin kurang.

saya nampak jalan ke senai ..ye tapi saya tersasar lagi aduyai... ....
**
**
err ikut mana yer klu nk tembus jalan tu? soal husband saya.
**
aik kire yant lagi teror lah ni explore jalan...hehehe
saya selamat sampai dirumah.


http://www.emocutez.com

Sunday, June 27, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

Friday, June 25, 2010

Nanny 911

Bismillahirahmanirahim..

meh kite tgk cite yang bagus pada pandangn saya. entah sejak pertama kali menonton cite ni kami dah jadi addicted dgn setiap siri dan jadi penonton setia untuk setiap episod... cam best je kan intro dia..mesti tertanya-tanya..???

tadaaa....



Hari : Isnin
Jam : 8.30pm
Saluran : NTV7

Cerita ni mengisahkan kisah benar-benar berlaku tau. Nanny 911 mengisahkan pengasuh yang diminta dtg ke rumah keluarga bermasalah ( kebanyakan keluarga ini memang bermasalah dengan asuhan dan didikan untuk anak-anak)..haish...penin klu korang tgk cite ni. Kami sebagai penonton pun turut mengerutkan kening dan menggeleng-geleng kepala. Inikan pula parent mereka yang berdepan dengan anak sendiri.

Tp saya respect kat family pada episod lepas. Cuba anda semua bayangkan 23 orang anak dan kebanyakkan mereka semua adalah tidak sempurna. Si isteri tidak berehat melayan anak2 ini , memasak serta membasuh pakaian mereka setiap hari. Si suami pula sakit dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda. Tabah betulkan. Biasalah nakal budak2 ni memang dah serba maklum. Tp bab last dia memanglah sgt touching. aduyai... berapa kali terkantoi titisan air jernih berjurai kat pipi...

Mari kita aplikasikan pula dengan keadaan sekeliling kita, Di negara sana mereka telah cuba untuk memperbaiki moral anak2 mereka seawal dari kecil lagi ( kita serba maklumkan sikap remaja di sana). mereka pun sedar jika nk didik ank perlu bermula dr kecil. Siap minta pertolongan dari org lain lg. Walhal kita di negara sendiri kadang-kadang jiran ingin membantu tanpa disuruh pun kita dok herdik nak juga menagkan si anak. Memang perlu mengasihi anak dan mempercayai mereka namun perlu juga dilandasan yang sepatutnya. Tak kanlah anak dah jadi buluh baru nak dilenturkan pula. Moral remaja sekarang memang di tahap yg plg rendah. Klu bleh bagi gred saya bg Z teruk sgt2 dah ni. tak perlulah saya hujahkan satu-satu. Buka surat kabar setiap hari pun anda akan tahu betapa lemahnya moral remaja sekarang.

So kepada kaum-kaum ibu bapa didiklah anak2 anda sebaiknya. Dalam islam juga telah mengajar etika dan juga disiplin anak seawal dr kecil lagi. Jgn pula menyesal nanti dikemudian hari.

ok selamat menonton!

Thursday, June 24, 2010

Adik ...

Bismillahirahmanirahim




Pejam celik pejam celik skrg ni dah msk 2010 tak sangka cepat tul masa berlalu. Dulu ingat lagi masa masing2 dibangku sekolah time ni dok kalut-kalut siap nk pergi sekolah. Adik yang kecik sekali pun bersiap2 juga nak pergi sekolah. Haish~ tadika belakang rumah je pun. Rambut kerinting-kerinting meggi, mak saja simpan panjang. Tp dah besor tak jd dah kerinting dia. Kuat menangis gak budak debab ni. Klu uat perangai.. memang xpadan dgn kecik. Pening juga mak dibuatnya.. ehehhe Selamat hari lahir adik. (6.6.2010)

Masa adik darjah 6, mula dah tunjuk talent. Dilantik sebagai ketua pengawas sekolah walaupun kat rumah slalu jer kena buli dgn kami. Then dapat masuk anugerah nilam peringkat negeri ecee…~~ ingat lagi masa cikgu dtg rumah suruh adik berlakon rajin… kami nk gelak guling sbb realitinya tak seindah kabar dari rupa.. huhu~~ adik..adik..Ms result UPSR kuar meloncat adik sbb cemerlang.

Lepas darjah 6 adik terus berhijrah ke johor masuk STF. Dah besor dah budak debab ni. Tak dapat nk follow perkembangan dia sbb ssh nk contact. Penah satu hari muka adik terpampang besor dpn paper tuk hasil kajian pokok silvia mereka. Wan cakap muka adik koya jer …a’ah memang pun control jer hahaha~~. Ms result PMR kuar adik dapt cemerlang begitu gak dgn SPM. Tahniah adik.


semasa mendapat anugerah Puteri Sakinah STF 2010

Awal bulan 7 ni adik sambung belajar blk. Adik dapat tajaan JPA dan akan mengikuti kelas persediaan selama 2 tahun kat Malaysia. Then fly ke UK untuk kursus farmasi, insyaAllah. Tapi ingat jgn terlalu berpuas hati lagi kerana perjalanan adik tak abis lagi tau. Jauh lagi dalam 2 tahun banyak benda yang adik kena belajar. Semoga adik terus success selalu.

Hahaha amik nah muka adik masa kecik-kecik yang debab + kuat nagis yeks..nk hadiah besday dtg sini. eheheh

Thursday, June 17, 2010

e-Educator

Bismillahirahmanirahim


sebenarnya entry ni dah lm sgt nk upload tp x berkesempatan nk uat camtu. Bl dah dok kat Johor ni byk jg ms yg saya ambil untuk menyesuaikan diri. kadang2 penah juga saya bermalas2 sambil menonton tv atau cerita yg saya ketinggalan sebelum ini. Saya dah buat semua yg sy nk buat sebelum ni..( bermalas-malas) kini saya puas. hahahhahah

Sekelumit rindu saya menyusuk di ingatan tatkala melihat semula gambar ni semua. Ye saya rindu kat kenangan itu. Pada seawalnya tatkala saya memulakan perjalanan ke penang. Masih teringat lagi dibenak kepala saya. Terima kasih kepada Prof Hanafi Atan atas pelawaan kerja di bawah geran prof, pada hujung tahun 2007 dulu. Saya masih mentah dalam segala hal. Alhamdulillah di atas segala tunjuk ajar yg telah beliau ajarkan, kini sy mempunyai pelbagai pengetahuan yg sgt berguna. Terima kasih Prof, untuk segalanya. Semoga segala yg diusahakan membuahkan hasil dikemudian kelak. Bak kata orang tua-tua (stolen from as) bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. =)

Ye saya memamg merindui mereka. Thanks all for everything. Sebak juga sy ms minggu terakhir sy di sana. Tp sy cb untuk tunjukkan sy kuat, walaupun hati dah mula mengalir setitik dua air jernih namun sy tutupi dgn hilaian gelak bersama kamu semua, kerna saya tahu perpisahan ini bukan untuk selamanya. InsyaAllah kita akan bertemu kembali nant. walaupun saya masih kabur bl ia akan berlaku.

Terima kasih rakan-rakan, diatas semua kegembiraan yang telah anda semua berikan. YOU'RE THE BEST!! Sy menyayangi anda semua. E-educator is one apart of my life, yess.. you, you and you are VVIP persons for me. Hope, one day we will reunion again. love you all.

p/s: kepada rakan-rakan yg berada di lipsin juga. maaf gmbr kalian tiada dlm simpanan. Klu ada nnt send via email k.



with love,
~Yantie~

Thursday, June 3, 2010

Kejam

Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah Laknatilah kaum ini ...

klip ni saya terjumpa tadi di facebook rakan saya... sangatlah sakit hati saya bila melihat perangai topeng-topeng manusia ni.. manusia kah?? huh...

semoga pembalasan dan kadialan akan diterima oleh kaum ini. amin.

Rokok a.k.a Cigaratte


Picture from google

entri kali ni saya ceritakan sedikit pasal benda alah ni.. eheh.. sebenarnya kelmarin telah berjaya merampas Malboro milik husband (minta maaf eh) tp rampasan kembali telah pun berjaya setelah tempat penyorokan telah diketemui cet...penat jer rampas. hahhaha ~~

Bukan sesuka hati jer nk rampas benda alah ni tp sayang kan suami. Banyak jg perkara yg buruk dari yang baik klu dok ketagih benda ni.. tp sy tahu suami saya dalam proses menghentikan tabiat ni tp memang ia akan amik masa paling lama pun saya agak mungkin bertahun.. huh jenuh gak ni... Alhamdulillah semenjak dok serumah dengan husband, x pernah pun hidu dan nampak husband saya merokok (thanks alot dear (^^,) dan saya sangat yakin husband saya boleh berhenti dari ketagih benda alah ni (hoping ...wink..wink..(*o*) insyaAllah saya yakin itu...cuma x tau bila adeh~~~

Saya membebel ni pun bukan saya benci smoker, ayah saya juga seorang smoker tp tulah x penah smoking kat rumah. saya sayangkan mereka ini. Bila baca entri ini ngeeee~~~ sangat lah saya risau akan kesihatan mereka yg saya sayangi. Bayangkan berapa banyak racun yang terserap didalam darah dan beberapa organ penting di dalam badan. Ciptaan DIA adalah sangat sempurna setiap organ memainkan peranan penting kepada imunisasi badan kita. even kuku kat hujung jari pun.. bayangkanlah klu organ terpenting pula yg rosak??? oooo sangat lah bahaya. Kepada smoker terutama kepada husband saya, saya yakin kepada dia.insyaAllah...hehehe gambate !!