Destinasi pertama..
Tema kali ini saya pilih untuk membawa tunang saya ke destinasi bertemakan alam fauna yang masih tersisa di kota batu ini. Bukit genting. Arah tujuan utama ke balik pulau. Balik pulau memang sangat terkenal dengan keenakan buah durian dan buah-buahan tempatan. Masih kelihatan rambutan yang masak ranum terjuntai di dahan pokok. Suasana hutan batu pulau pinang bertukar menjadi dusun buah yang pelbagai. Minyak kereta terus ditekan namun nasib masih menyelebahi kami, enjin kereta berbau hangit..(hahahah) lantas kami bercadang untuk berehat seketika sebelum enjin kereta sejuk kembali. Nasib baik kete sewa (hihi sowy en rahman kereta en kami rosakkan).
Menikmati keasyikan alam dan fauna serta melihat tumbuhan menghijau dan laut yang tenang sedikit sebanyak dapat merehatkan otak yang selama ini berceramuk. Sempat juga En shukri mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Hampir 20 minit kami membiarkan enjin kereta menyejuk. Perjalanan diteruskan. Destinasi yang seterusnya pula jalan-jalan mencari makanan. Seawal pagi hanya di isi seketul kuih sememangnye tidak dapat menahan kelaparan hingga ke petang. Gerai makan yang bertemakan tradisional dipilih untuk memenuhi permintaan perut yang semakin berkeroncong. Sesudah selesai menikmati makanan kami bergerak pula ke destinasi yang seterusnya. Jeti..banyak jg tempat yang menarik di sini. Hihi walaupun dah dekat lima taun duduk kat sini baru kini saya mengenali penang dengan serius.
Petang ni tak banyak sangat tempat sebab semua tertumpu kepada tempat membeli belah. Hihi saya nk cari barang sikit untuk pindah bilik baru. Tapi sedih sikit sbb nk berpisah dengan budak2 rumah..huhu~~
No comments:
Post a Comment