Embun pagi yang masih lagi menutupi bumi menjadi medan pertaruhan saya untuk memulakan langkah pagi itu. Gelap sunyi, tatkala corong radio masih memainkan lagu yang mendodoikan dan melekakan mata. Terus sahaja punat radio ditutup kembali. Lalu dengan sekuat kudrat memulas tombol tingkap yang mengetat. Enjin kereta terus dihidupkan. Terasa nyaman hirupan udara segar ditengah hutan batu ini namun ianya tidak senyaman dikampung halaman. Teman seperjuangan karbon monoksida telah menjangkau untuk melebihi oksigen. Hidupan makin pupus.
Terus sahaja pedal kereta ditekan menandakan saya telah bersedia untuk memulakan langkah yang pertama pagi ini. Hari ini lain sedikit daripada semalam, perjalanan bertukar haluan, ukiran senyuman semakin menguntum tatakala waktu itu semakin menghampiri. Arrrghhh..ngantuk pula.., mungkin kerana lewat pagi baru dapat dilelapkan mata ini. Hati berbunga riang.
Punat radio kembali ditekan untuk megurangkan keletihan mata. Kadangkala tergelak sendirian mendengar celoteh farah dan faizal yang tidak jemu-jemu melayan karenah pendengar. Destinasi semakin hampir. Kereta terus di parking di kotak putih yang tersedia ada. Kuih kari puff dan cream puff menjadi pilihan untuk mengalas perut yang semakin berdondang sayang..langkah ku laju memerusi jalan tar yang masih terasa kenyaman pagi ini.
Zon ketibaan penumpang, mataku liar menlihat kelibat manusia yang keluar masuk dipintu ketibaan. Ramai juga, risau juga kes H1N1 pula ahaks..pemeriksaan kesihatan yang agak ketat untuk penumpang yang baru shj turun dari perut kapal. Jam menunjukkan saya tiba 10 minit awal. Lalu terus saya capai harian metro untuk mengisi dan mengaktifkan saraf pemikiran yang telah berehat beberapa jam tadi.
Ketibaan AK5442 Johor Bahru –Penang sedikit sebanyak meleraikan penantian saya. Lantas senyuman terus terukir.lambaian tangan di hayunkan supaya kelibat saya disedari oleh tuning saya. Kami berbalas senyuman. Saya rindu akan senyuman itu. (heheh gatal lah plk). Kuih yang masih lagi tidak terusik disuakan kepada tuning saya supaya perut di isi segera agar tidak masuk angin. Terus sahaja saya tunjukkan arah dimana kereta kecil di parking. Kemas dan teratur hihih saya sudah menjadi pemandu yang berhemah. Terus sahaja saya capai tiket parking itu dan kami terus memulakan perjalanan pagi ini.
Bersambung…….
No comments:
Post a Comment