Sunday, August 9, 2009

hihi lp nk sambung cite sikit lagi aritu.. layan je lah yg tinggal berbaki ni.

Masuk hari ini hari kedua en shukri berada di penang. Aktiviti pagi kali ini adalah bersukan. Seawal pagi kami telah mengaktifkan saraf serta membuka otot badan untuk melaksanakan kerja yang agak berat juga. Bangunan setinggi empat tingkat kami daki untuk menanngkat barang peribadi dan keperluan untuk dipunggahkan di kereta. Agak banyak juga sehingga kelibat percikan peluh jantan kelihatan di dahi tunang saya. Kesian pula kerana menyusahkan dia. Saya belanja makan nanti k.

Kami berehat sebentar di tepian tasik aman yang semakin menghijau dek lumut yang tak pernah bercuci. Kadang2 terfikir juga boleh plak kura2, ikan dan biawak hidup di dalam 1 tasik. Emm sempat juga kami menyaksikan sekeluarga berbangsa cina memberi makan kepada hidupa tasik ini. Patutlah kehidupan di sini membiak dgn cepat.

Jalan - jalan di penang sehari suntuk memang best. bertambah best lagi klu dapat bercerita dan bersembang dgn insan tersayang =P. Thank you a lot and love u much.

pic bawah : some pic kat penang =)

No comments: