Bismillahirahmanirahim..
lama sudah rasanya saya tidak mengomel dan beromong2 kosong di dalam blog ini. Alhamdulillah sedar dan tidak kita telah berpuasa hampir 2 minggu. Bersyukur padaNYA kerna telah memberi kekuatan serta kesempatan untuk saya berpuasa pada Ramadhan kali ini. Pertama kali berpuasa bersama suami dan berperanan sebagai isteri membawa seribu satu rasa nikmat yang sukar untuk diungkap dengan kata2. Bersyukur sangat dengan setiap rahmat dan limpahan rezeki yang telah diberikan.
Suasana solat berjamaah setiap malam, beramal sedekah merupakan aktiviti tambahan pelbagai lapisan masyarakat. Indahnya jika setiap bulan itu bulan Ramadhan. Aktiviti ini juga pasti akan sentiasa dilaksanakan setiap bulan. Masjid yang kadang2 sepi menjadi meriah setiap malam sehinggakan perlunya tempat solat tambahan. Namun, adakah aktiviti ini akan kekal utk bulan syawal, dan seterusnya??
No comments:
Post a Comment