Wednesday, November 17, 2010

KUaLiTi vs KUanTiti

Bismillahirahmanirahim

Sedar tak????

Perubahan pendidikan dari segi penggunaan bahasa sahaja tidak akan membuka minda pelajar ke tahap maksimum. Pelajar akan terus menerus menggunakan kaedah hafalan ..dan ingatan. Kedua-dua kaedah pembelajaran ini tidak akan kekal lama…jika pelajar hanya didedahkan kedapa pembelajaran yang hanya menggunakan kemahiran shor- term memories atau long- term memories.

Perubahan struktur pendidikan yang kurang efisyen ini akan menghasilkan lebih banyak KUANTITI pelajar yang cemerlang secara teoritikal namun kurang dari segi KUALITI yakni lemah dalam praktikal menghadapi cabaran dunia sebenar ….

Dan tidak hairan jugalah jika kita akan kekurangan pakar dalam sesuatu bidang dan menyumbang kepada faktor mengimport pakar daripada luar. Walhal jumlah graduan terhasil bertambah setiap tahun.

Jadi, dimana kurangnya strategi pembelajaran sisitem Negara kita???

Selalu juga kedengaran di corong-corong radia/ TV menyebut lambakan siswazah menganggur, skim itu dan ini..tahukah anda, sebenarnya anda hanya melaburkan masa dan sejumlah wang yang banyak untuk sesuatu benda yang sebenarnya boleh diperoleh semasa anda berada di dalam pengajian anda!!!

Kebanyakan di dalam sektor pendidikan Negara kini menggunakan 3/4 pendekatan pembelajaran yang berasaskan teori semata-mata dan hanya 1/4 berasaskan kepada praktikal. Tapi didalam sektor pekerjaan anda perlu menggunakan 3/4 kemahiran berbanding 1/4 teoritikal!

Tidak hairan juga jika kebanyakan pelajar Malaysia memiliki daya motivasi dan self-confident yang rendah serta lemah dalam komunikasi. Di dalam minda kita terdidik sejak seawal usia “salah/membuat kesilapan/gagal = hukuman” supposedly let them learn from experience..


nota kaki: Saja bior tergantung kat sini. =)

Monday, November 15, 2010

25 repekan saya

Bismillahirahmanirahim

Saja bukak blog pepagi tadi sambil mamai saya baca “darlink u kene tagggg” mommy adam
Blur kejap..hurmmm…hahh 25 repekan..ngeh..ngeh...
Almaklumlah memang dah lama sesangat tak mengupdate blog. Agaknya klu bleh vacuum menatang ni agak2 penuh satu beg plastik.. blur juga lah saya nak merepek sampai 25 benda ni ...

1. Suka berjalan dgn speed yang agak laju. Tah agaknya dlu dah terbiasa jln kaki kot ms time blaja. Penah jgk kn peril “budak ni td tgk ada kat sna bl ms plk sampai kat sini” ~saya terbang =P

2. Suka mencuba benda yang baru walaupun takde skill, org kate learn from experience is much better than nothing. Hahah tp smpai skrg ni tak reti lg buat donat..huh~~

3. Suke menconteng-conteng buku. Masa blaja dlu sume buku rasa mcm dah lunyai jer, lg lunyai lg best nk baca, bak org kate rjn study lah (konon jer) walhal suka bawak buku tido sekali mn tak lunyai dah kn himpam dek badan.. haish..(>.<)

4. Bab menyepahkan bilik no 1, tapi tak suka org tlg kemaskan sbb nnt ssh nk cari barang sendiri.

5. Slalu jgk kn peril dgn en suami bl menonton cite touching sikit abis hidung berair..ish..ish..

6. Kadang-kadang terlalu ikut rulse a.k.a SKEMA, but once I'm breaking the rules kompom pastu kn denda.. hadoi…camna nak lari.

7. Paling tak suka makan cili yg dipotong2 or sambal blacan. Tapi suka sgt mkn asam pedas dan sambal kicap. Hahha..(@.@)???

8. Dulu masa mak uat kek mesti tangan dok gatal kikis yg hangit-hangit kat tepi (dlu kan gn oven dapur gas) pastu senyap2 bawak lari. Masa makan memang heaven, krup ..krup..walaupun pahit tu lah yg plg best..lallal~~

9. Suka simpan duit luar negara dan negara sendiri (yg ni x kekal sbb slalu gn) so sape2 nk pegi luar sana tinggalkan saya sekeping dua duit negara sana k. hahhaha~

10. Klu bercakap bab mekap saya lah yang plg ke bawah sekali, ssb muka ni saya tepek jer dgn bedak baby J&J, tepek lain sikit naik jerawat satu muka... ichy..ichy..tak suka.

11. Mencabar diri tuk buat benda yang merapu cam gunakan kedua-tgn tuk uat 2 kerja serentak. 1 tekan kalkulator 1 lagi taip kat pc. (*.@) adus...

12. Bila dok baca novel yang jalan dia meleret2 mesti saya baca awal , tgh dan last sekali. Hahhaha. You know how the writer plan their story. Cuma buku Hijap sang pecinta, cinta sang ratu dan bagaikan puteri saya baca sampai abis.

13. Menonton cerita kartun sampai pagi dgn en suami..

14. Terlalu addicted dgn kaler hijau…go for green~~ I like it!!!

15. Kadang-kadang penah terlalu addicted dgn coklat, sehari wajib bli at least 1 bar coklat blackforest!

16. Tengah mencari duit Malaysia RM20.00, dulu penah jumap sekali jer. Tp bleh palk terguna sbb masa tu budak hingusan lagi.. hhuuhu~

17. Agak nakal masa kecik dlu, penah takutkan orang yang dok lalu lalang malam2 kat jalan. Hihih ~~ pencakar rmput + baju melayu putih.. taraaa~~ ayooo ama apaaaa…blala.. sian budak Indian tu lintang pukang dia lari. Saya dan kawan2 gelak guling.

18. Dulu masa dok rumah berek polis slalu jugak panjat bumbung dengan akak polis. Tgk view dari atas walaupun tak tinggi sangat , dunia ni sgt luas..

19. Pernah juga bercita-cita untuk menunggang motor 500cc macam McBiaggi huhu walaupun tak reti nak bawak moto 150cc..haish...~

20. Kalau dah terlalu marah suka basuh toilet, tenyeh2 lantai toilet sampai rasa lega.. hahha hasilnya toilet bersih =).

21. Sangat gian nk bermain bola jaring, walaupun stamina dah tersangat rendah.

22. Kalau bershoping sangat susah nak cari benda yang sangat berkenan dek hati last-last satu pun tak beli hihi penat en suami berwindow shoping sama ..

23. Berazam dan bercita-cita dengan en suami untuk meronda-ronda satu dunia.. tinggi tul impian..

24. Menjadi model sambilan yang tak reti nk pose..haru biru gambar jadinya..sian en suami ekeeheheh..

25. Last but not least(ini bukan repekan semata-mata), forever and ever until the end of my life – will always love my husband with all my heart (^^,). Heheh~

orait meh kita listkan sapa plk nak saya tag.. jeng,...

1. lizam
2. achik
3. Adik

repeklah korang, tulislah pape yang korang nak conteng..hehehe

Tuesday, November 2, 2010

hari lahir En Suami...

Bismillahirahmanirahim



Tepat jam 12 mlm genap sudah usia suamiku yg ke-26 tahun..
Baru 1st time nk sambut birthday sama2.. sebelum ni mmg x penah nk celebrate sama2.
Cma sebungkus hadiah kecil sebagai ingatan di hari lahir.

Tapi taun ni berbeza sikit, hahah 1st time jgk rasanya saya beli kek besday kat Bf saya sorang ni (skrg dah jd suami) klu ikutkan hati nk buat sendiri kek coklat kegemaran suami,
namun (hais byk plk alasan) ketuhar masih tidak wujud lagi di rumah ni..

Sempat jgk pg bli kek tadi kat KING's confectionery. Dlu ms kat penang jenama kek ni lah saya telan, - ada logo halal. Tempat lain saya masih belum explore dan mahir lagi silap haribulan sesat tah mana hala plk. hihih

Buat Suami tersayang,

Selamat hari lahir, Semoga dirimu sentiasa dilindungi drpd kejahatan dunia, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan tergolong didalam golongan yg sentiasa mensyukuri nikmat Allah. amin..