Wednesday, November 17, 2010

KUaLiTi vs KUanTiti

Bismillahirahmanirahim

Sedar tak????

Perubahan pendidikan dari segi penggunaan bahasa sahaja tidak akan membuka minda pelajar ke tahap maksimum. Pelajar akan terus menerus menggunakan kaedah hafalan ..dan ingatan. Kedua-dua kaedah pembelajaran ini tidak akan kekal lama…jika pelajar hanya didedahkan kedapa pembelajaran yang hanya menggunakan kemahiran shor- term memories atau long- term memories.

Perubahan struktur pendidikan yang kurang efisyen ini akan menghasilkan lebih banyak KUANTITI pelajar yang cemerlang secara teoritikal namun kurang dari segi KUALITI yakni lemah dalam praktikal menghadapi cabaran dunia sebenar ….

Dan tidak hairan jugalah jika kita akan kekurangan pakar dalam sesuatu bidang dan menyumbang kepada faktor mengimport pakar daripada luar. Walhal jumlah graduan terhasil bertambah setiap tahun.

Jadi, dimana kurangnya strategi pembelajaran sisitem Negara kita???

Selalu juga kedengaran di corong-corong radia/ TV menyebut lambakan siswazah menganggur, skim itu dan ini..tahukah anda, sebenarnya anda hanya melaburkan masa dan sejumlah wang yang banyak untuk sesuatu benda yang sebenarnya boleh diperoleh semasa anda berada di dalam pengajian anda!!!

Kebanyakan di dalam sektor pendidikan Negara kini menggunakan 3/4 pendekatan pembelajaran yang berasaskan teori semata-mata dan hanya 1/4 berasaskan kepada praktikal. Tapi didalam sektor pekerjaan anda perlu menggunakan 3/4 kemahiran berbanding 1/4 teoritikal!

Tidak hairan juga jika kebanyakan pelajar Malaysia memiliki daya motivasi dan self-confident yang rendah serta lemah dalam komunikasi. Di dalam minda kita terdidik sejak seawal usia “salah/membuat kesilapan/gagal = hukuman” supposedly let them learn from experience..


nota kaki: Saja bior tergantung kat sini. =)

4 comments:

yantie3011@gmail.com said...

cayalah cikgu.
blh jd cikgu besar nih.
hahahaha

zairibaharom & ekinkhalil said...

tau xpe. totally agreed. practice make perfect. tuition mcm KUMON perlu lebih byk. tuition yg skdr mengajar tp xde latihan xde gune. cayalah cikgu besar.haha

Anna Da Lady said...

Hehe..bila sebut kuantiti vs kualiti ni teringat plak cakap2 Kakak Acik dulu..Dulu2 dia selalu sebut psl ni..lebihkan kualiti dari kuantiti..kuantiti tak penting sgt, kualiti yg penting..hehe..Yanti, acik tag yantie tau...http://annadalady.blogspot.com/2010/12/jom-terjah-blog-anakdaraden.html

yantie3011@gmail.com said...

cikgu besar..amin.. heheh jgn badan makin besar sudah.. huwaaaaa....
kualiti tu penting dlm diri seseorang. tp ramai pelajar sekarang ni suma nk mengejar kuantiti.

achik: nnt klu rajin ynt join. Tq achik =)