Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
Bila dok sebut pasal resume sume dok belek, cukup tak semua maklumat dan pencapaian yang diperolehi masa sekolah dulu. Kalau boleh semua nak di isi sampaikan tak cukup ruang. sambung pulak page belakang hihi. Lepas tu make sure lagi tuk kali kedua betul tak ejaan, cukup tak maklumat dan semualah. Kalau resume dah tip top insyaAllah nanti akan dipanggil pulak untuk bekerja..
Tapi dalam sebuk membuat resume dunia, terfikir tak kita untuk membuat resume ke syurga, mesti ramai dok gelak sebab mana ada resume ke syurga... Andaikan k, bermakna kita listkan semua amalan kita sbg contoh:
Nama:
Umur:
Solat lima waktu:
i. Solat awal waktu
ii. Solat akhir waktu
Solat sunat:
Khatam Al-Quran dan maknanya:
Amalan mengikut sunnah:
Amal jariah:
Amalan dunia:
i. Kebaikan
ii. Keburukan
korang rasa boleh sampai tak dua page? Boleh ker diterima resume kita tuk masuk syurga. Bayangkanlah kalau di Malaysia sahaja ada 1 juta orang, andaikan pula mereka mempunyai amalan yang lebih baik dari kita. Kalau 1 dunia???? Entah tempat ke-berapalah kita nanti kalau hanya berbekalkan dengan amalan2 yang seciput ni..
Pesanan buat diri sendiri jugak ni.....Mulai sekarang perlu berusaha dengan lebih gigih tuk isi resume ke syurga pulak. (^0^)
2 comments:
terima kasih buat peringatan kak yanti ;) take care!
nama: yong hasnah
umur:19 tahun (kt sini pun dh tipu wt dosa)
solat : wt cpat ke wt lambat?
amalan lain : buat semua atau kdg2 wt kdg2 KIV?
ish..ish..ish nasib baik yantie tolong peringat...byk lagi x wat ni....
Post a Comment