Bismillahirahmanirahim
entry kali ni berkaitan dengan rancangan OPRAH yang baru jer pagi tadi keluar kat TV. Agak menarik topik discussion mereka kali ni.
Melalui statistik di Amerika Syarikat sebayak 84% pekerja yang tidak menyukai pekerjaan mereka. Huih~~ lebih kurang 4/5 daripada bancian yang dibuat. So, Sorang-sorang dok cite masalah mereka. Ada yang sampai masuk hospital sebab terlalu stress dengan kerjaya mereka.. Pulak dah. Yang tak kerja punya dok stress nak cari kerja. It's all about your strength on your work! (tajuk tadi lah mereka dok bincang)
Rumusan yang dapat dibuat daripada beberapa orang pekerja, masalah berlaku apabila mereka sendiri tidak tahu menyusun jadual dan mengenalpasti kemampuan diri semasa melaksanakan pekerjaan. Jgn terkejut plak sebab ada yang sampai nak lari dari rumah sebab tak tahan dengan masalah kerja dan family finance.. haiissh~~
"i never say 'no' to boss when he/she ask me to take that job"
yup memang tak dinafikan memang ada orang yangg tergolong dalam kalangan ni. alasan tak sampai hati or tak nak bos kita rasa kecewa dengan kita. Tapi walhal kita memang tak termampu nak buat. so lama2 memang kita sediri rasa tak gembira dengan kerjaya kita. Terlalu banyak task, no focusing for one task. Kepala pun bleh berpusing2 sebab dok banyak fikir. Kalau nak terima sesuatu kerja lihat dlu portfolio sendiri jangan dok nak pulun semua tapi habuk pun tarak..(ni ayat sendiri ikut bahasa pasar). Try to say 'no' when you're really need it. (Tapi jangan dok gatal say no klu memang xde kerja nak buat-hujung taun dapat notis berhenti kerja plak)...
continue lain kali sebab ada kerja yang perlu dibuat even im only fulltime housewife..hehehe but i really appreciate this time and enjoy to do all of this works.
No comments:
Post a Comment