Bismillahirahmanirahim.
Entry kali ni saya nak membebel sikit pasal kesedaran sivik rakyat negara ini, bukan nak menunding kepada semua atau salahkan semua orang. Segelintir rakyat tu tak termasuk lagi dengan longgokan warga asing yang ada kat sini..
Sabtu lepas ajak en suami pergi Hutan Bandar Putra berjalan2 (konon2 nk exercise sikit) sepuluh tapak nampak benda putih bersepah2 kat atas tempat pejalan kaki. Padahal tong sampah dok sebelah plak tu. Ish2..jalan ke depan lagi selonggok sampah atas tanah, walhal tong nun kat sana besor lagi. Rasa2nya kalau hari tu ada program mengutip sampah penuh kot satu lori. Apelah salahnya kalau dah makan/ minum tu buanglah kat tempat yang betul. Dah jadi tabiat rakyat ini kot lepas makan campak (majoriti) minoriti je kot yang ada kesedaran sivik ini. Tu belum dok cerita tong sampah masuk tasik..Benda-benda ini semua sedikit sebanyak mempengaruhi jugak sikap anak2 kita nanti..Sedarlah warga2 yang selalu mengunjung Hutan Bandar, taman kat sini tak banyak pun, itulah tempat beridah, jalan2, tempat kasi ikan2 makan, tempat tengok kapal terbang. So jagalah kebersihan sikit. Tak kan pulak nak buat progam 1 sampah = rm 0.50 baru nak sibuk2 kutip kot.
Masa nak balik lagi best, ada sebuah kenderaan ni main campak jer sampah plastik minuman dan makanan melalui tingkap. Haish... rendah tul mentaliti rakyat...ooo sangat sakit mata!!
1 comment:
tengah tunggu kerajaan malaysia (rakyat didahulukan pencapaian diutamakan) buat denda kalu buang sampah merata2, kena denda khidmat komuniti macam kat singapore..barulah sivik ckit!
Post a Comment