Monday, August 31, 2009

Ukhuwwah Fillah (^_^)

Buat Diriku

Allah didn't promise days without pain, laughter without sorrow, sun without rain, but He did promise strength for the day, comfort for the tears, and light for the way.

Sahabatku

Ukhuwwah yang terbina bukan persis sekuntum bunga, tapi persis tasbih. Ada awal, tiada penghujung, dibuat untuk mengingatiNya, dicantum dengan cintaNya, diratib semata kerana redhaNya.

Thursday, August 27, 2009

Cerita ini~

Percaya atau tidak, saya telah mendapat invitation untuk 1-1 mentoring session with Prof Peter Reimann dari Universiti Sydney, Australia (Dean ICT CoCo, research center). Then 1 org antara 3 orang yang terpilih untuk mengikuti sesi ini di Hong Kong huwaa~~ memamg best bile dgr dapat offer camni lagi2 bile terfikir untuk uat attachment kat sana. Namun semua ni hnylah angan jer kot sbb fund dari IPS ssh nk dapat so terpaksa saya lepaskan camtu jer. klu nk pegi mau dekat 5k kn bawak. InsyaAllah rezeki Allah tu banyak. Klu pegi mesti terbelit sikit lidah saya nanti hehehhe. kat bawah ni saya sertakan invitation tersebut :

Invitation to participate in a 1-1 mentoring session within the context of ICCE2009 DSC

fromFu-Yun Yu <fuyun.ncku@gmail.com>toyantie3011@gmail.com
dateWed, Aug 26, 2009 at 8:34 AMsubjectInvitation to participate in a 1-1 mentoring session within the context of ICCE2009 DSCmailed-bygmail.com
hide details Aug 26 (2 days ago)

Dear Noorizdayantie :
I am glad to announce that a new component/activity has been added to this year's DSC. To extend our support and guidance to PhD students with great potential in a more exclusive and personal fashion, in addition to the regular presentation-style DSC format, this year we are introducing another format for DSC--1-1 mentoring. Three round tables will be formed and conducted at the same time for each of the following themes this year: CSCL; Advanced Learning Technologies, Open Contents, and Standards; and CUMTEL.
You have been chosen to have the privilege of interacting with and receiving feedback from one of the finest researchers in CSCL. I am glad that Peter Reimann, Professor from the University of Sydney, has accepted my invitation to serve this important role. Feedback on your accepted paper by the ICCE2009 (Short paper, THE ONLINE PROBLEM BASED LEARNING: THE EFFECT OF COLLABORATION TOWARDS THE CONSTRUCTION OF KNOWLEDGE IN THE WIKI) will be received from Peter and questions will be answered by Peter in a devoted 30-minute session (no presentation needed, all face-to-face interaction, by invitation only).
You are one of the three persons that have been carefully chosen by me to have this very rare opportunity with Peter. As this will be part of this year's DSC activity, it will be part of pre-conference events. The DSC coordinators and local organizer of ICCE2009 will work together to make sure that the schedule of both DSC activities are not in conflict with each other. I will need to receive your prompt confirmation on this invitation.

Best regards,
fuyun, Suluan & Yoneo
DSC coordinators, ICCE2009

Monday, August 24, 2009

kuar paper..

Terkejut gak saya tgk layout blog saya . comei sgt..suke2 (^^,)..klu nak harapkan saya memang dah berabuk saya rasa blog ni. Sebaik atas talian x nampk habuk2 dia. Thanks a lot my syg (en Shukri) sbb tolon mengemas blog dan make over blog saya. yipeeee~~

Hari ini muka saya kuar paper..jeng2...paper mana cepat cari. mesti semua tidak jangka akan kemunculan saya di paper tu. masa saya lihat memang benar muka saya dan rakan-rakan sepejabat. Saya pun x sempat nk baca keratan yang tertulis di bidang akbar tu. Cuma Sempat saya lihat muka saya dengan jelas. hahhahaha (perasan jap)

Klu saya khabarkan tajuk utama dan keratan akbar mana lepas ni pasti semua akan tertawa dan tidak percaya kot. ngeee~~` Keratan akbar bahasa tamil. Saya pun tidak tau mereka tulis apa. cuma yang saya tahu majlis convocation. Gambar Yoga tertera dikeratan akbar tersebut. ngee~~

Bulan Ramadan

Ramadan kali ini saya dan keluarga sempat menyambut kedatangan dengan kesederhanaan namun tetap meriah. Seawal pagi saya bergegas mengemas barang2 yang perlu dibawa sebagai bekalan pulang kerumah, baju raya pun sempat saya capai (bibik sowy anto lewat). Kaki ku melangkah laju menuju ke stesen bas yang berdekatan. To my syg thanks for helping huhuhu~~

Tepat jam 12 saya sampai ke destinasi dan dalam kul 12 30 baru sampai kerumah. Time ini amni masih ada dirumah. Sesampai sahaja terus saya mencium tgn mak yang seawal tadi menunggu saya pulang. Amni yang dulu masih bertatih kini dah pandai berlari dan sgt petah bercakap walaupun usia seawal 3 tahun namun dia sangat lah bijak dalam percakapan cuma masih dalam proses mengenal warna pula. Terasa diri semakin meningkat dewasa (ehekss x nk ngaku tua =P). Tidak sempat pun saya melelapkan mata adik saya (Amalina) pulang dari Johor. Kereta kancil terus dihidupkan dan terus saya pecut ke destinasi hihih ( mak maaf sbb terlaju sikit aritu hihih).

Malam ini lain dari malam sebelumnya. saya, mak , adik dan ayah bergerak ke masjid untuk menunaikan solat terawih berjemaah. Terasa lapang dan gembira sangat dapat berjemaah bersama family di masjid. huhu best2...

Wednesday, August 12, 2009

topeng~

hachhuum...

Tidak pernah terlintas dalam kepala saya untuk memakai fesyen seperti ini, namun inilah hakikatnye. ngeee~~ saya sangat segan(~~,)``serupa doktor yang terlepas dari bilik bedah jer huwaaa~

Tgh hari tadi minta permission dari prof tuk keluar awal sikit melawat tapak konvo yang dah jadi mcm pasar malam. Belambak lah barangan yang dipertaruhkan bukan bunga sahaja malah dari penjagaan kepala hingga ke kaki serba lengkap. huh memang pening.

To iza~ congratulation za for new baby girls comey sgt!
To yoga latha~ congratulation for your graduation. Hope next year will be my turn (^^,)v

Monday, August 10, 2009

hari ini

selaku peristiwa yang berlaku pada hari ini amat meyakinkan saya untuk meneruskan perjuangan yang masih tinggal beberapa langkah saja lagi. Namun sakit tengkuk dan selsema yang diperolehi pada hari ini sedikit sebanyak melambatkan sistem komunikasi saya dan langkah saya. huhuh harap2 selsema ini bukan jangkitan virus yang semkin mengganas di Malaysia sekarang. (minta dijauhkan).

Hari ini pelajar-pelajar yang bakal bergelar graduan memenuhi ruang dewan DTSP. Kelibat pegawai kesihatan yang memakai topeng muka di kaunter pengambilan jubah berpusat memeriksa pelajar graduan. Sungguh ketat kawalan kesihatan di USM. (heheh ye ker). Setiap bakal graduan yang bakal menerima ijazah wajib memakai topeng muka semasa majlis konvo. Hope this is last convocation with mask. Namun saya juga tidak ketinggalan memakai topeng muka kerna selsema dan virus yg saya bawa ini akan menjangkiti org lain pula. Namun ini bukan H1N1 tau.. hihi (hope so) (+o)**

Sunday, August 9, 2009

hihi lp nk sambung cite sikit lagi aritu.. layan je lah yg tinggal berbaki ni.

Masuk hari ini hari kedua en shukri berada di penang. Aktiviti pagi kali ini adalah bersukan. Seawal pagi kami telah mengaktifkan saraf serta membuka otot badan untuk melaksanakan kerja yang agak berat juga. Bangunan setinggi empat tingkat kami daki untuk menanngkat barang peribadi dan keperluan untuk dipunggahkan di kereta. Agak banyak juga sehingga kelibat percikan peluh jantan kelihatan di dahi tunang saya. Kesian pula kerana menyusahkan dia. Saya belanja makan nanti k.

Kami berehat sebentar di tepian tasik aman yang semakin menghijau dek lumut yang tak pernah bercuci. Kadang2 terfikir juga boleh plak kura2, ikan dan biawak hidup di dalam 1 tasik. Emm sempat juga kami menyaksikan sekeluarga berbangsa cina memberi makan kepada hidupa tasik ini. Patutlah kehidupan di sini membiak dgn cepat.

Jalan - jalan di penang sehari suntuk memang best. bertambah best lagi klu dapat bercerita dan bersembang dgn insan tersayang =P. Thank you a lot and love u much.

pic bawah : some pic kat penang =)

Thursday, August 6, 2009




















hahaha sempat lagi nk bersenam kat tasik harapan =P






hari pertama

Destinasi pertama..
Tema kali ini saya pilih untuk membawa tunang saya ke destinasi bertemakan alam fauna yang masih tersisa di kota batu ini. Bukit genting. Arah tujuan utama ke balik pulau. Balik pulau memang sangat terkenal dengan keenakan buah durian dan buah-buahan tempatan. Masih kelihatan rambutan yang masak ranum terjuntai di dahan pokok. Suasana hutan batu pulau pinang bertukar menjadi dusun buah yang pelbagai. Minyak kereta terus ditekan namun nasib masih menyelebahi kami, enjin kereta berbau hangit..(hahahah) lantas kami bercadang untuk berehat seketika sebelum enjin kereta sejuk kembali. Nasib baik kete sewa (hihi sowy en rahman kereta en kami rosakkan).

Menikmati keasyikan alam dan fauna serta melihat tumbuhan menghijau dan laut yang tenang sedikit sebanyak dapat merehatkan otak yang selama ini berceramuk. Sempat juga En shukri mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Hampir 20 minit kami membiarkan enjin kereta menyejuk. Perjalanan diteruskan. Destinasi yang seterusnya pula jalan-jalan mencari makanan. Seawal pagi hanya di isi seketul kuih sememangnye tidak dapat menahan kelaparan hingga ke petang. Gerai makan yang bertemakan tradisional dipilih untuk memenuhi permintaan perut yang semakin berkeroncong. Sesudah selesai menikmati makanan kami bergerak pula ke destinasi yang seterusnya. Jeti..banyak jg tempat yang menarik di sini. Hihi walaupun dah dekat lima taun duduk kat sini baru kini saya mengenali penang dengan serius.

Petang ni tak banyak sangat tempat sebab semua tertumpu kepada tempat membeli belah. Hihi saya nk cari barang sikit untuk pindah bilik baru. Tapi sedih sikit sbb nk berpisah dengan budak2 rumah..huhu~~

Pagi yang damai..

Embun pagi yang masih lagi menutupi bumi menjadi medan pertaruhan saya untuk memulakan langkah pagi itu. Gelap sunyi, tatkala corong radio masih memainkan lagu yang mendodoikan dan melekakan mata. Terus sahaja punat radio ditutup kembali. Lalu dengan sekuat kudrat memulas tombol tingkap yang mengetat. Enjin kereta terus dihidupkan. Terasa nyaman hirupan udara segar ditengah hutan batu ini namun ianya tidak senyaman dikampung halaman. Teman seperjuangan karbon monoksida telah menjangkau untuk melebihi oksigen. Hidupan makin pupus.

Terus sahaja pedal kereta ditekan menandakan saya telah bersedia untuk memulakan langkah yang pertama pagi ini. Hari ini lain sedikit daripada semalam, perjalanan bertukar haluan, ukiran senyuman semakin menguntum tatakala waktu itu semakin menghampiri. Arrrghhh..ngantuk pula.., mungkin kerana lewat pagi baru dapat dilelapkan mata ini. Hati berbunga riang.

Punat radio kembali ditekan untuk megurangkan keletihan mata. Kadangkala tergelak sendirian mendengar celoteh farah dan faizal yang tidak jemu-jemu melayan karenah pendengar. Destinasi semakin hampir. Kereta terus di parking di kotak putih yang tersedia ada. Kuih kari puff dan cream puff menjadi pilihan untuk mengalas perut yang semakin berdondang sayang..langkah ku laju memerusi jalan tar yang masih terasa kenyaman pagi ini.

Zon ketibaan penumpang, mataku liar menlihat kelibat manusia yang keluar masuk dipintu ketibaan. Ramai juga, risau juga kes H1N1 pula ahaks..pemeriksaan kesihatan yang agak ketat untuk penumpang yang baru shj turun dari perut kapal. Jam menunjukkan saya tiba 10 minit awal. Lalu terus saya capai harian metro untuk mengisi dan mengaktifkan saraf pemikiran yang telah berehat beberapa jam tadi.
Ketibaan AK5442 Johor Bahru –Penang sedikit sebanyak meleraikan penantian saya. Lantas senyuman terus terukir.lambaian tangan di hayunkan supaya kelibat saya disedari oleh tuning saya. Kami berbalas senyuman. Saya rindu akan senyuman itu. (heheh gatal lah plk). Kuih yang masih lagi tidak terusik disuakan kepada tuning saya supaya perut di isi segera agar tidak masuk angin. Terus sahaja saya tunjukkan arah dimana kereta kecil di parking. Kemas dan teratur hihih saya sudah menjadi pemandu yang berhemah. Terus sahaja saya capai tiket parking itu dan kami terus memulakan perjalanan pagi ini.
Bersambung…….