Monday, August 24, 2009

Bulan Ramadan

Ramadan kali ini saya dan keluarga sempat menyambut kedatangan dengan kesederhanaan namun tetap meriah. Seawal pagi saya bergegas mengemas barang2 yang perlu dibawa sebagai bekalan pulang kerumah, baju raya pun sempat saya capai (bibik sowy anto lewat). Kaki ku melangkah laju menuju ke stesen bas yang berdekatan. To my syg thanks for helping huhuhu~~

Tepat jam 12 saya sampai ke destinasi dan dalam kul 12 30 baru sampai kerumah. Time ini amni masih ada dirumah. Sesampai sahaja terus saya mencium tgn mak yang seawal tadi menunggu saya pulang. Amni yang dulu masih bertatih kini dah pandai berlari dan sgt petah bercakap walaupun usia seawal 3 tahun namun dia sangat lah bijak dalam percakapan cuma masih dalam proses mengenal warna pula. Terasa diri semakin meningkat dewasa (ehekss x nk ngaku tua =P). Tidak sempat pun saya melelapkan mata adik saya (Amalina) pulang dari Johor. Kereta kancil terus dihidupkan dan terus saya pecut ke destinasi hihih ( mak maaf sbb terlaju sikit aritu hihih).

Malam ini lain dari malam sebelumnya. saya, mak , adik dan ayah bergerak ke masjid untuk menunaikan solat terawih berjemaah. Terasa lapang dan gembira sangat dapat berjemaah bersama family di masjid. huhu best2...

No comments: