Bismillahirahmanirahim..
Dah lama juga sebenarnya entry ni nak dimasukkan tapi asyik tertangguh shj. Ni adalah sebahagian sahabat-sahabat baik saya di slim river. Teringat lak zaman muda mudi dlu (ecee cam dah tua lak) semasa ponteng kelas sama2, ehee.. makan dalam kelas cikgu ROCK (Rokiah) biasa dah. Main kejar-kejar (woo time PJK jer) dan sewaktu dengannya. Banyak tul kenangan yang tersimpan kat slim river ni sebenarnya terutama sekali kat SMKDZM.. Kalau nk dihuraikan satu persatu emm agak2nya tak muat entry ni.
dari kiri siti, sheila, ayu, ana, adrian (baby shera), shera, intan (mama rock, ms ni tgh dlm pantang lagi), linda, lee aka laili, e..aka ayu. (bagus-bagus semua tunjuk gigi hihi )
Siti : Keja kat bank islam. sempoi dan happening.
Sheila: Ank cikgu rohani, lm tul x jumpa kan last rs ms darjah 6.
Ayu: Player netball sekolah. teror woo.
Ana: bakal jadi umi nanti tahniah ana.
Shera: Alaaaa tomei tul anak shera. Keja kat Maybank suami polis jgn main2..
Intan : mama yang paling sempoi, boleh masa dalam pantang g jalan kat kenduri saya.. huh terharu tul. Sebaik x bw baby boy dia sekali hihi klu x mesti dah merah pp dia saya cium2.
linda: Ni pun sama bakal jadi umi. tahniah linda.
Lee: still happening cam dlu, sempoi dan ceria sokmo.
Eee: Gadis tinggi lampai mcm model ni stay kat KL. Cumei tau..
Semua telah membawa halauan masing-masing dan mempunyai kerjaya yang tersendiri dan ada juga yang telah mendirikan rumah tangga serta mempunyai anak-anak yang comei2.. sangat tembam.. kuit miut tau.
1st time kami gathering blk pada tahun 2009 kalau tak salah kat tupai-tupai. Saya dan beberapa ahli SMKDZM yang lain telah berhimpun di Kuala Lumpur. (masa tu lum kawin lagi) memang best tul dapat jmp dgn mereka ni. Sampai pagi jgk lah kami dok melepak-lepak. ketawa-ketawa, senyum-senyum, dok dengar cerita yang diupdatekan mereka.
Then lama dah x gather balik last pun masa raya taun lepas. Pegi rumah cikgu Noorehan, best woo dapat makan nasi impit dengan rendang ayam tok cikgu rugi sape yang x ikut.
Dari kiri : Fit, Bob, Lalam, kahril a.k.a Joker, hakim, wan paus, nasir, adib, ila buah hati mirul, mirul, Jai.
tambah sikit info ttg mereka ni
Fit : dah jadi bapa kepada anak kembar . Tahniah Maizatulhana dan Fitri.
Bob : Merantau kj sampai ke serawak tp rs dah blk ke semenanjung
lalam: baru lepas accident dgn kereta baru dia Lenser agak teruk jugaklah tp alhamdulillah sihat dah.
khairil: Merantau keje kat singapore.
hakim : Keja kat KL
Wan paus : rsnya keje kat KL lp nk update.. maaf wan
Nasir: baru jer kawin aritu dgn org johor. tahniah weh.
adib : Orang kuat di Ipoh.
Mirul : Still kat KL dan perangai tak ubah2. Tak kering gusi dibuatnya.
Terima kasih sangat2 yang tak terhingga tuk sahabat-sahabat saya ni yang dapat hadir ke majlis saya 13.3.10 aritu dan sahabat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami. Saya sangat menghargai kalian semua. Arigato gozaimase~~~ korang memang best sangat2.
nota kaki: Kepada sahabat, maaf seandainya saya tidak berlama-lama untuk duduk bersama-sama kalian. Kalian sentiasa saya ingat sampai bl2. raya nnt saya tak janji bleh gather dengan korang tp saya cuba untuk dtg beraya ke rumah korang semua.
with love
Yantie