Tuesday, July 20, 2010

Bismillahirahmanirahim..


seawal pagi bunyi-bunyi seperti barang dijatuhkan kemudian beralih dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Sifat ingin tahu sangat menebal dalam fikiran saya. Orangkah atau binatagkah? Andaian demi andaian bermain difikiran, munkin kucing mencari makanan (sbb memang byk kucing) atau... kepala terus menerjah keluar tingkap.

kelibat seorang lelaki yang agak kurus badanya membuka tong hitam di setiap belakang rumah. Disorongnya setiap isi tong di dalam kereta berkaki tiga yang penuh ke satu penjuru. Bau yang menyengat terus tertusuk dirongga hidungku yang berada 50 meter dari pakcik tu. Tabah betul. detik hati saya.

mulalah time ni berfikir berapa lah gaji pakcik ni untuk sehari. Mcm mnlah agaknya dia menyara keluarga dan menyekolahkan anak-anak. Betapa gigih dan tabahnya demi mencari rezeki untuk keluarga.

Adapula kadang-kadang kedengaran suara-suara sinis, gaji banyak ni mana cukup, sakit satu badan keja tapi gaji tak naik-naik. Kalau gaji banyak ini tengah bulan dah abis, tak sempat nak beli kasut baru. Gaji saya sepatutnya ikut kelayakan saya..bla...bla..bla...

Lihat lah pada bumi, fahami dan dalami erti syukur. Bersyukurlah dengan setiap apa yang telah diberikan.

Ya Allah, jauhkan diri ini daripada tergolong di dalam golongan orang yang tidak tahu bersyukur.

2 comments:

amalina said...

betul tu angah..kekadang pun adik rase macam tu..bile orang alen ade laptop,nak laptop gak.orang ade tenet,nak broadbanda gak.dus~ kene batang idung sendiri lak..hahah
rase cam ketinggalan la ape la
tapi bile pk balik,orang yang sederhana tu nak makan pun susah..
hm..insaf2

Yantie said...

amalkan wasatiah, ingatlah keringat mak ayah yg bekerja. sentiasalah jadi orang yang bersyukur..