Sunday, July 4, 2010

mandi Limau...

Bismillahirahmanirahim..

"k.yant as nak pergi cari limau dekat sana ye, " kenyataan as ketika di TESCO sg.Dua
"huik nak masak ker as?" soal saya semula
"tak lah nak mandi limau, best tau kyant"jawab as dengan penuh keyakinan.

Bila sebut je mandi limau teringat masa mula-mula sekali mandi limau. Time blaja silat. Tp jgn tersalah andaian pula. Ye saya mandi limau masa masuk silat cekak malaysia, tp ni bukan amalan khurafat atau sebagainya seperti yang didakwa sesetengah pihak sbb ms mandi dulu tidaklah saya membaca "hai mambang tanah, mambang api dan segala jenis mambang" ish..ish.. tak..tak.. mahupun membaca mentera yang tidak difahami..ohw lagi tidak.

Sebenarnya mandi limau ini bagus dan banyak khasiatnya yang kita sendiri sahaja buat-buat tidak tahu. Yelah almaklum sahaja sekarang ni kita dok sental rambut dengan shampoo anti dandruff, long lasting dan macam-macam lagi. Korang tengok tak pada bahan-bahan yang digunakan dalam pembikinan shampoo zaman sekarang ni.?? Jangan salahkan shampoo klu rambut korang keras kematu or berkelimumur hihi. Mandian pula dah bermacam mandian yang ada di pasaran, yang ada aromaterapi, mandi susu, huis..korang pergi tengok sendiri lah kat market atau kat bilik air korang. See betul tak?

Sebenarnya banyak amalan tok nenek moyang kita yang sangat berguna tapi luput ditelan zaman permodenan. Saya bukan anti permodenan ok Tapi kadang-kadang terfikir juga kenapa orang dulu-dulu kulitnya mulus sahaja (masa tu tak ada lagi mandian aromaterapi, pencuci muka etc. dipasaran), rambut pula hitam lebat (kadang-kadang lambat pula beruban, umur cecah 50 pun rambut hitam lagi) kurang pula dapat penyakit. Ok yang mana elok amalan orang dulu-dulu, kita ikut yang mana kurang tu tok sah dok gatal-gatal nak buat.

Setelah mengamalkan semula mandi limau ni sejak beberapa hari yang lepas, (sbb dlu ada juga mandi limau di hostel tapi paham-paham jelah stok slalu jer abis then malas pula nk berjalan jauh ke market, lagi pula nk kejar masa sental jelah dengan mandian moden) terasa badan seperti dibelai eceee..macam kat spa pula. Kih..kih.. Semangat betul saya menyental dengan bersungguh-sungguh terutama dibahagian ketiak hahaha dan tidak lupa juga dibahagian kepala. Segar beb..seyes..! dan..korang akan dapati bau yang kurang enak disekitar ketiak kamu akan kurang..tidak perlu memakai deodorant (maaf sekiranya anda terasa jijik seketika). Fakta tau khasiat mandi limau ni. Baca kat sini KHAZANAH ALAM SUMBER KECANTIKAN.

Fakta juga ada menyatakan bahawa bahayanya pemakaian deodorant dan ada juga pendapat menyatakan salah satu kandungannya penyebab breast cancer . Korang search kat google. Sure banyak yang kuar. Sehingga sekarang kajian masih lagi dilaksanakan dan masih mencari kesahihan. Sebagai orang timur yang kaya dengan sumber alam dan petua masih mempunyai alternatif lain dalam mendominasikan sumber alam ini. Tak rugi kalau mencuba betul tak?.

Pasni saya nak mandi lulur pula lah..haish itupun kalau rajin nak dok berlama-lama dalam bilik mandi.. huhu~~



http://www.emocutez.com

3 comments:

Anna Da Lady said...

betoltu..cubala guna hasil semulajadi...Acik dulu pernah juga guna limau untuk mandi..tapi, biasala, waktu tu je semangat nak pakai segala menda ni..hehe..lasni, hmm...sudah tarak ada moodla..hehe...actually, Akak Acik a.k.a Kak Nor tu, yang selalu ajar kami guna segala hasil alam ni..pakai sirihla etc..hasilnya, sgt bagus untuk kita perempuan ni...

yantie3011@gmail.com said...

mandi peluh lg sihat lol

yantie3011@gmail.com said...

Acik : tul tu acik. Lagipun menggunakan khazanah alam ni biasanya tidak ada kesan sampingan yang memudaratkan. =)

Mr. Nyox : Mandi peluh bau hachem.. ngeee~~

Yong : biasa mandi limau yant gn limau purut. ngeee wangi seh. Try lah gn beras pulut as bahan tuk mandi lulur. tp beras ni kn kisar sampai hancur dlu then ms nk mandi baru letak air. Petua ni berkesan tau. kulit mmg halus dan mulus gitu