Friday, June 25, 2010

Nanny 911

Bismillahirahmanirahim..

meh kite tgk cite yang bagus pada pandangn saya. entah sejak pertama kali menonton cite ni kami dah jadi addicted dgn setiap siri dan jadi penonton setia untuk setiap episod... cam best je kan intro dia..mesti tertanya-tanya..???

tadaaa....



Hari : Isnin
Jam : 8.30pm
Saluran : NTV7

Cerita ni mengisahkan kisah benar-benar berlaku tau. Nanny 911 mengisahkan pengasuh yang diminta dtg ke rumah keluarga bermasalah ( kebanyakan keluarga ini memang bermasalah dengan asuhan dan didikan untuk anak-anak)..haish...penin klu korang tgk cite ni. Kami sebagai penonton pun turut mengerutkan kening dan menggeleng-geleng kepala. Inikan pula parent mereka yang berdepan dengan anak sendiri.

Tp saya respect kat family pada episod lepas. Cuba anda semua bayangkan 23 orang anak dan kebanyakkan mereka semua adalah tidak sempurna. Si isteri tidak berehat melayan anak2 ini , memasak serta membasuh pakaian mereka setiap hari. Si suami pula sakit dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda. Tabah betulkan. Biasalah nakal budak2 ni memang dah serba maklum. Tp bab last dia memanglah sgt touching. aduyai... berapa kali terkantoi titisan air jernih berjurai kat pipi...

Mari kita aplikasikan pula dengan keadaan sekeliling kita, Di negara sana mereka telah cuba untuk memperbaiki moral anak2 mereka seawal dari kecil lagi ( kita serba maklumkan sikap remaja di sana). mereka pun sedar jika nk didik ank perlu bermula dr kecil. Siap minta pertolongan dari org lain lg. Walhal kita di negara sendiri kadang-kadang jiran ingin membantu tanpa disuruh pun kita dok herdik nak juga menagkan si anak. Memang perlu mengasihi anak dan mempercayai mereka namun perlu juga dilandasan yang sepatutnya. Tak kanlah anak dah jadi buluh baru nak dilenturkan pula. Moral remaja sekarang memang di tahap yg plg rendah. Klu bleh bagi gred saya bg Z teruk sgt2 dah ni. tak perlulah saya hujahkan satu-satu. Buka surat kabar setiap hari pun anda akan tahu betapa lemahnya moral remaja sekarang.

So kepada kaum-kaum ibu bapa didiklah anak2 anda sebaiknya. Dalam islam juga telah mengajar etika dan juga disiplin anak seawal dr kecil lagi. Jgn pula menyesal nanti dikemudian hari.

ok selamat menonton!

No comments: